Friday, November 22, 2013

Tangani masalah bau kaki


SOALAN : Saya adalah gadis berusia 17 tahun, saya tidak mempunyai masalah wajah dan kulit namu apa yang mencacatkan penampilan saya ialah bau kaki. Kalau nak di ikutkan saya bukanlah seorang yang pengotor malah sangat menjaga kebersihan. Apa yang patut saya buat  ?


Hmmm, memang tak di nafikan golongan muda sering mengalami masalah seperti ini. Jangan risau! Bau badan dan kaki adalah sesuatu masalah umum yang sering di alami oleh setiap orang. Untuk mencegah masalah ini REMAJA ada beberapa tip yang boleh kamu ikuti.

1)      Kenakan sarung kaki yang kering dan bersih. Tetapi, sebelum kamu sarungkan ke kaki , kamu juga harus pastikan kaki kamu kering dan bersih.
2)      Pakai kasut yang selesa dan sarung kaki yang tidak ketat agar memberi ruang untuk kaki bernafas.
3)      Hindarkan daripada memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut agar kaki kamu tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
4)      Selepas penat berjalan, apa kata kamu bersihkan kaki kamu menggunakan sabun anti-bakteria agar membunuh kuman serta mencegat pertumbuhan kulat dan bakteria yang boleh membawa bau yang tidak menyenangkan.
5)      Ada sesetengah orang, mereka akan semburkan  deodorant atau semburan anti-peluh pada kaki.
6)      Akhir sekali, sekali sekala luangkanlah masa untuk mendapatkan rawatan kaki.

SHARING IS CARING :)
SUMBER: REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters