Friday, December 6, 2013

Novel terbitan Karyaseni JANUARI 2014



ISTERIKU 19 TAHUN - Cikgadis

Aku jaga kau, jaga sampai kau mampu jaga diri sendiri…

“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin…” ZUYYIN

Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua…

“Abang Akif jahat!” - ZUYYIN

“Ah, sudah! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!” – AKIF
Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan. 

Berhadapan dengan abang kandung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagi menantu akibat dendam pada masa lalu.

“Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman.

“Sebab saya benci dia! Saya benci keturunan Islah! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah” - Puan Maria, mama Akif dan Aiman.

Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.

“Akif?”

“Hurm?”

“Kau pernah bercinta?”

“Tak pernah...”

“Cuma...”

“Cuma?”

“Aku rasa, aku nak bercinta... Sekarang...”

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu? 


SEJAK KITA BERTEMU - Camelia

Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. 

Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan. 

Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran.

Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. 

Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil. 

Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.

“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS

“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN

“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. 

Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS

Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya. 

Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam hati Anis. 

Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna?

Namun Damien juga punya keraguan sendiri.

“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN

Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar? 

Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya? 

Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu? 

Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters