Friday, November 22, 2013

Ayuh Bersihkan Kulitmu!


“amboiii, cantiknya kulit muka awak.. apa rahsianya ?”

Walaupun penjualan pencuci muka semakin meningkat dan bertambah membuktikan masyarakat Malaysia mula ada kesedaran dalam menjaga kulit muka, namun masih ada golongan yang tidak tahu bagaimana caranya mencuci muka dengan betul! Ayuh ikuti penulis bagaimana cara yang betul untuk mencuci muka.


1)      BASUH TANGAN KAMU DAHULU

Sebelum kamu mula membasuh muka, bersihkan dahulu tangan kamu yang kotor dan berbakteria itu menggunakan sabun. Tak guna juga jika kita cuci muka beria tetapi segala kotoran melekat pada tangan bukan?

2)      TANGGALKAN MAKE UP MENGGUNAKAN REMOVAL

Bersihkan dahulu muka kamu itu menggunakan make up removal, tanggalkan segala sisa make up yang masih melekat di muka kamu itu dengan kapas. Elakan daripada memakai tisu atau kain.

3)      BASUH MUKA DENGAN AIR SUAM

Tahukah kamu, membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakan daripada menggunakan air yang terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran Kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4)      CUCI MUKA DENGAN PENCUCI

Sekirannya pencuci muka kamu berbentuk krim, sapukan pencuci kamu itu dengan sekata menggunakan hujung jari  dan buat sesiapa yang menggunakan pencuci muka berbentuk sabun pula basahkan sabun kamu itu dahulu dengan air kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih kemudian baru kamu sapukan di muka.

5)      BUAT URUTAN DI MUKA

Siapa kata di spa sahaja kamu boleh dapatkan urutan di muka ? di rumah juga boleh sebenarnya! Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Jadi pastikan kamu usap kulit kamu itu dengan pencuci muka menggunakan teknik putaran. Dengan cara ini muka kamu akan lebih berseri berbanding biasa.

6)      BILAS MUKA

Setelah mengurut muka dalam beberapa minit, bilas muka dengan air biasa. Jangan gunakan air yang terlalu panas, suam, atau sejuk. Kerana ia akan membuatkan kulit kamu bahang dan tidak segar. Lebih menakutkan ia akan menyebabkan kulit kamu pedih dan kemerahan.

7)      LAP MUKA MENGGUNAKAN TUALA

Lapkan muka kamu menggunakan tuala bersih. Namun awas! Jangan pula kamu menyental muka kamu. Maklum sahajalah kulit mukakan kulit yang paling nipis di anggota badan. Takut nanti terluka pula. Jadi cara yang betul dan sebaiknya kamu tekapkan sahaja di muka dengan perlahan-lahan dan lembut. Ingat! Guna tuala yang lembut dan kering sahaja ya dan tentunya khas untuk muka sahaja!

8)      SENTUHAN TERAKHIR

Akhir sekali, selepas kamu keringkan muka, kamu boleh sapukan toner untuk menyegarkan kulit muka atau sapukan krim malam sebelum tidur. Nah, kulit kamu pasti akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum.


p/ s: Jadi, selamat mencuba!


SHARING IS CARING :)
SUMBER : REMAJA 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters