Monday, June 9, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan JULAI 2014


Tajuk: Dia Doktor Hatiku
Penulis: Radz Izara
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Cinta? Usah sebut di hadapan Lydia. Mendengar nama lelaki sahaja, dia jadi benci tahap dewa. Namun, Imran bukan lelaki yang mudah putus asa. Lagi gadis itu lari, makin galak dia mengejarnya.

Lelaki ini memang gila, itu fikir Lydia. Tapi, dia akhirnya tidak mampu menolak perasaan indah yang mengulit mimpinya. Lydia dan Imran bersatu atas nama cinta. Tetapi siapalah mereka untuk menolak takdir. Antara mereka ada orang ketiga membuat onar hingga kedua-duanya berpisah kasih. Saat berpisah, masing-masing dilanda resah. Lydia bertemu Firdaus, reporter sukan yang digelar ‘alien.’ Kemudian terjebak pula denganAmer Razif, pemain bola sepak dan akhir sekali Irwan, student law. Sementara Imran pula nanar perasaannya dengan Nasha, pragawati cantik bak bidadari dan Shalin, wanita urban yang manja. 


Tajuk: Tak Cinta Tak Apa
Penulis: Zuri Yanie
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.

Tajuk: Sapu Tangan Biru
Penulis: Juriah Ishak
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Alamak! Tertumpah pula air kopi yang dibawa ke atas gaun seorang gadis. Maki hamun gadis itu menyebabkan Ray geram! ‘Jasmin Alia.’ Nama yang tersulam pada sapu tangan sutera berwarna biru langit. Sapu tangan itu menjadi saksi dirinya diperlekehkan. Disebabkan sapu tangan itu, Ray nekad untuk berhijrah. Di kota, Ray berkenalan dengan Datuk Wahab yang telah menawarkannya pekerjaan. Pertembungan dengan Jasmin Alia menyebabkan Ray terkejut. Walaupun gadis itu tidak mengenalinya lagi, Ray tidak pernah lupa! Dianggap pemuda miskin yang datang dari kampung terceruk, Ray terus dihina. Rupa-rupanya Ray ada aura istimewa. Tiba-tiba emosi Jasmin Alia jadi tak tentu arah. Rasa bencinya tenggelam, rasa rindunya pula menjulang. Walaupun sudah mempunyai kekasih, Ray mesti digoda dengan apa saja cara. 


Tajuk: Dia Mimpi Indahku
Penulis: Rozita Abd. Wahab
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Kisah cinta mereka bukan semalam. Tapi sudah menjangkau tahun demi tahun. Biarpun banyak halangannya, namun Rifhan dan Hafsyam memaknakan hubungan ini dengan ikatan perkahwinan. Rumah tangga yang dibina dihiasi bahagia dan janji setia. Namun keindahan itu hanya seketika. Hafsyam tersilap langkah. Dalam keadaan tidak sedar, Hafsyam telah bertindak menghancurkan kasih sayang mereka pada malam itu. Dia seperti tidak kenal lagi siapa isterinya. Luluh hati Rifhan. Dia membawa diri. Dia ditemui tidak sedarkan diri dalam suatu kemalangan lalu telah diselamatkan oleh Adnan dan abangnya, Aiman serta ibu mereka. Hari berganti hari, Rifhan semakin selesa dengan keluarga itu walaupun dia reda menggalas status janda. Namun tanpa diduga, ada dua hati yang menaruh perasaan terhadapnya. Antara Adnan dan Aiman… dia jadi keliru sedangkan bekas suaminya, Hafsyam ingin kembali padanya.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters