Friday, June 6, 2014

Novel terbitan lovenovel June 2014


Tajuk : Romantik Rapsodi
Penulis : Farah Fauzi ( Wan Nur Farahdilla )

Sinopsis

Nur Amani, hidupnya mendambakan bahagia. Kehadiran dua lelaki dalam hidupnya mengundang pelbagai suka dan duka. Dalam kemarau mencari bahagia, dia dipertemukan dengan Iqbal Hakim yang mengungkap cinta hanya di bibir saja.

~Aku pernah serahkan hati ini padamu. Namun kau cemari cintaku dengan pengkhianatan. Aku berikan kau peluang demi peluang namun pengakhirannya, aku tetap dilukai.~ Nur Amani

Belum kering luka di hati, datang pula Umar Rayyan menjengah kehidupan. Tidak salah rasanya dia mencari cinta yang baru demi mengubati lara itu.

~ Keikhlasan dan kesungguhanmu buat aku lebur. Kasih sayang dan cintamu memberikan aku harapan untuk terus mempercayai adanya bahagia untukku. Berikanlah aku sedikit waktu…~ Nur Amani

Menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada manusia asing dalam hidupnya bukanlah satu tugas yang mudah. Namun dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.

~Aku buta dalam mengenal erti cinta, namun aku yakin yang kau tercipta untukku. Akan aku ubati segala lara di hatimu. Jangan pernah kau menjauh kerana sesaat pun aku tak bisa hidup tanpamu... Ambillah masamu untuk kau tanam benih cintaku di hatimu. Seribu tahun pun aku rela menunggu... ~ Umar Rayyan.

Mampukah Nur Amani menerima kehadiran Umar Rayyan dalam hidupnya sedangkan hati masih menyimpan rindu dan harapan kepada Iqbal Hakim? Kala Iqbal Hakim mendambakan cintanya, mampukah Nur Amani mengharungi kemelut hati sendiri yang tak pernah henti dilambung gelora.


Tajuk : Sewangi Cinta Anggerik
Penulis : Fieyza Fadlina

Sinopsis

Suriya Anggerik hidupnya penuh dengan duka, onak dan duri. Dia hanya mempunyai seorang abang, tempat dia menumpang kasih dan bermanja. Iddin Amsyar pula, hanya punyai ayah tapi seperti tidak punyai sesiapa. Hambar, kaku dan tak berperasaan. Masing-masing punyai kisah silam yang menjerut perasaan.

Pertemuan pertama antara mereka tersangatlah dingin. Sedingin ais yang membeku! Dan sejak hari pertama bekerja lagi, Suriya sudah disogokkan dengan cerita yang Iddin itu seorang gay!

“Err… Are you gay?”
“Siapa yang cakap?”
“Err… Saya dengar gosip kat pejabat.”
“Daripada Kak Ani?”
“Bukanlah daripada Kak Ani sorang. Hmm… Daripada beberapa orang lain lagi.”
“Awak rasa?”
“Err… Tak tahu.” 
“Hmm… Apa kata kita cuba dulu. Then baru awak tahu saya gay atau tak. Amacam?” 

Erk! Aci jugak cuba dahulu... Huh! Suriya tak tahu nak kata apa. Dia terkesima dengan cadangan Iddin.

Banyak perkara yang Iddin sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Dia cuba menjadi orang lain dengan harapan dia dapat menyembunyikan kepahitan yang pernah singgah dalam hidupnya. Mampukah dia? 

Hakikatnya masing-masing dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada insan tersayang. Mampukah cinta yang tersemai bersatu, membina dan mengutip kembali perhubungan yang pernah tertinggal? Mampukah jiwa yang memberontak kembali tenang dan mengukir senyuman dalam mengecapi sebuah kebahagiaan? 

****order akan dibuka secepat mungkin****

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters