Friday, June 27, 2014

Novel terbitan buku prima julai 2014




Akan Datang!

Tajuk: ENCIK MONTEL PALING SWEET
Penulis: Aini Effariza
Terbitan: Buku Prima

SINOPSIS
Pertemuan tidak terduga antara Danial dan Kamelia di kedai makan telah membuka kisah lama. Danial yang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Kamelia pernah meluahkan rasa hatinya kepada Kamelia sejak mereka belajar di kampus, namun ditolak gadis itu. Semenjak dari saat itu hubungan mereka renggang. Danial membawa diri ke Seoul manakala Kamelia pula bekerja di syarikat papanya.
Tanpa diduga, Kamelia disahkan menghidap sirosis dan memerlukan pembedahan hati dengan segera. Dalam tempoh itu juga, dia telah ditinggalkan oleh kekasih hatinya, iaitu Hakimi. Kehadiran penderma misteri yang telah mendermakan sebahagian hatinya kepada Kamelia telah menyelamatkan nyawanya.
Kamelia masih mencari siapakah gerangan penderma misteri itu. Kemunculan semula Danial yang kembali menagih kasihnya membuatkan Kamelia keliru. Perlukah dia menerima cinta Danial. Berjayakan Kamelia menemui penderma misteri itu?


Akan Datang!

Tajuk: AKU TUNGGU DIA
Penulis: Nurul Jannah
Terbitan: Buku Prima

SINOPSIS
Nadia Asyila, seorang polis wanita yang periang. Dirinya dikelilingi sahabat-sahabat yang gila-gila dan satu kepala dengannya. Dia juga dicintai Iqmal Hisyam tetapi dia tidak pernah membalas kasih lelaki itu. Hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Fazar Azameer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina tetapi lelaki itu juga yang terus bertakhta dalam hatinya. Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit daripada koma, dia memberi kejutan. Tetapi dia lebih terperanjat dengan kejutan yang diterimanya. Rupa-rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali tetapi dia perlu memberi nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya.

"Memang saya sayangkan awak, Fazar. Tapi saya tak pernah doakan perpisahan tu. Saya tahu awak sayangkan Fasha. Dan saya..." – Nadia Asyila.

"Layak ke untuk aku mencintai kau? Kau terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya insan sebaik Fasha yang layak miliki hati aku. Dia sanggup ketepikan kebahagiaan dia untuk beri ruang pada insan kotor macam kau." – Fazar Azameer.

"Kenapa aku diduga sebegini? Kenapa kau masih datang jumpa aku? Kalau peluru tadi tak terkena Nadia, pasti akan tembus badan kau. Kau masih lagi nak jumpa aku? Aku jahat, Fazar." – Iqmal Hisyam.


Tajuk: Tak Sangka Aku
Penulis: Azra Aryriesa

Sinopsis
Persahabatan sejak kecil di antara Farah dan Faizam sering kali disalah erti semua. Johan mencintai Farah namun tidak mampu diluahkan kerana dirasakan Faizam menjadi penghalangnya. Malah dia sedar yang Farah membencinya. Manakala Faizam pula mencintai Balkis namun gadis itu sentiasa bersikap dingin dengannya. Farah sendiri punya cinta buat Johan namun kerana benci, perasaan itu tidak disedarinya.

Ikhwan pula cuba meraih cinta Farah walaupun dia tahu mustahil mereka dapat bersama. Rancangan diatur Ikhwan untuk menghapuskan Faizam dan Johan agar dia dapat memiliki Farah. Nisda pula mendendami Farah tetapi mencintai Johan dalam diam.

Dapatkah Johan dan Farah bersatu? Mampukah Faizam menakluk hati dingin Balkis? Tercapaikah impian Ikhwan untuk memiliki Farah serta membunuh musuh-musuh ketatnya, iaitu Faizam dan Johan? Berjayakah Nisda dalam mengejar cinta Johan dan melunaskan dendamnya terhadap Farah?

"Aku nak kau tahu Farah yang kau adalah hati aku selama ini. Tempat aku merasai segalanya tapi Balkis adalah nyawa aku. Hilang kau bermakna aku hilang segala rasa hidup, hilang Balkis bermakna aku mati Farah." ~ Faizam

"Aku sanggup kehilangan seribu Johan tapi aku tak sanggup kehilangan sahabat sejati seperti kau Zam. Aku sanggup hilang segalanya asalkan kau dan Balkis masih di sisi aku selamanya." ~ Farah

"Kau ingat aku nak biarkan kau ambil Farah begitu mudah? Dia hak aku dan tetap akan jadi hak aku sampai ke akhir hayat kami. Tak ada siapa pun yang boleh pisahkan kami kecuali atas kehendak ALLAH." ~ Johan


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters