Monday, June 30, 2014

Novel terbitan cute kreatif Julai 2014




- Sinopsis:

Wanita ego dan berkerjaya, itulah Putri Tasnim. Pantang mengalah sebelum rebah kata orang. Dia sentiasa ego dan megah dengan keupayaannya sendiri. Eksiden yang tidak menduga mengubah segalanya. Putri Tasnim rebah dan pitam apabila kena tangkap basah dengan seorang lelaki yang tidak kenali. Sudah poyo, menyakitkan hati pula. Buat baik dengan orang tetapi ini balasan dia dapat. Kahwin free tanpa pelamin, pengapit dan tetamu. Keluar air mata darah sekalipun benda dah nak jadi. Status bujang bertukar status sudah berkahwin. Rahsia perlu disimpan dengan kemas. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut kata orang. Siapa agaknya suami ekspress Putri Tasnim ini? Tiryaq Megat Eskandar, namanya unik dan jarang didengari.

"Mamat tu selalu buat I darah tinggi!" ~ Putri Tasnim

Kenyataan itu memang memeritkan Putri Tansim. Dia jadi puting beliung pun Tiryaq masih boleh buat selamba dek dia. Apa sahaja kerja dalam rumah Tiryaq uruskan sampaikan ada tikanya Putri Tasnim rasa malu. Rahsia yang ingin disimpan kemas terbongkar jua gara-gara sikap bijak pandai Tiryaq pada umum. Habis semua orang tahu termasuk musuh ketat dan angkatan mesyuarat tingkap.

"I tidak akan biarkan mereka bahagia..." ~ Tengku Tyea

Tiryaq ini banyak agenda tersembunyi. Adakala buat Putri Tasnim rasa ragu maka dia pasang spy untuk Tiryaq. Dia hendak tahu siapa suaminya yang tampak seperti blur dan poyo tetapi ada udang di sebalik batu. Bila sudah jatuh sayang makin sukar Putri Tasnim mahu melepaskan Tiryaq pergi. Rindu sudah bertamu dan cinta bersemi di hati.

Bak kata Tiryaq: No one is perfect, that’s why pencils have erasers.


Cinta?!!! Sinis... romantik dan sarcastic! Antara tiga penjuru ada yang ke empat lebih mendominasikan kisah cinta mereka sehingga menjadi cukup huru hara!

Izhar seorang usahawan berjaya yang punya idea cukup pelik dalam usaha menakluk hati gadis idamannya. Hidayu seorang gadis yang 'kelam kelibut', jiwanya lebih 'berangin'dari ribut. Sukar diduga..sukar diteka... dan rasa cemburunya yang berada diluar batas akal normal, Hidayu punya jiwa yanh cukup halus untjk diladeni oleh insan brnama Izhar. Seorang sahabat, seorang pesaing, seorang pelindung... Pian berada di antara Izhar dan Hidayu, membawa juga satu 'Cinta Hati' yang bukan calang-calang sehingga menyebabkan cinta yang bersemi menjadi huru hara dan penuh aksi-aksi romantik komedi.

Izhar: “Saya mahu membelai awak sebagai isteri saya yang sah. Mencumbui awak tanpa dosa. Saya lelaki. Punya rasa mahu lakukan semua itu..."

hidayu: Jangan tergoda Dayu... jangan tergoda... kau wanita besi Dayu! Yeah... besi Dayu... bukan aluminium foil... kuatkan semangat!. Dayu... keras Dayu, keras! Alamak... dah terpikat!. Hidayu cepat – cepat melangkah pergi. Setelah hampir sepuluh langkah dia pergi, kakinya mula terpaku di situ.

Kembar tak seiras, insyaAllah akan dilancarkan serentak selepas raya ni serentak dgn sesi tandatangan dan ramas mesra dgn puan penulis bersekali dengan sambutan hari raya... doakan segalanya akan berjalan lancar, kepada follower 'kipas susah mati' 2 writer berbakat ni jom zahirkan sokongan anda...booking sudah dibuka untuk 300 pembaca bertuah...inbox dipage Cute Kreatif ~~> https://www.facebook.com/Cutekreatif?ref_type=bookmark like kami untuk pesanan anda.

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

imanasuha said...

Salam. Jika nak baca enovel cinta sila lawati blog http:putrimanasuha.blogspot.com

terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters