Monday, June 30, 2014

Novel terbitan cute kreatif june 2014



Drift Cinta/Hayati Ahmad
Malay Fiction
ISBN 978-967-12576-1-6

Blurb:
Nurin Aqilla seorang gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim bersama dengan rakannya Brian Lee (Gaban). Takdir menyebabkan mereka membesar bersama dan menjadi akrab lalu sama-sama terlibat dengan sukan lumba kereta Drift. Atas beberapa insiden, Nurin Aqilla (Lulu) terperangkap dalam konflik antara dua kongsi gelap. Pertemuannya dengan Ku Izzudin (Kudin) yang juga seorang pelumba kereta yang mempunyai karektor nakal dan menggoda telah memerangkap Nurin Aqilla dalam relung cinta yang sukar dirungkaikan.
Siapakah pilihan Nurin Aqilla, apakah Brian Lee seorang pelindung dan seorang sahabat yang memendam cinta atau Ku Izzudin seorang bad boy kacak dan menggoda?. Siapakah sebenarnya Gaban dan siapakah pula Izzudin. DENDAM itu BARA, RINDU itu CINTA.

Lulu dan Kudin:
“Qila maafkan abang Qila.”
“Cukuplah tuan! Saya letih dengan semua ni.”
“Qila!” Izzudin menarik Lulu rapat ke tubuhnya, cuba untuk memeluknya. Panggg! Lulu tampar Izzudin cukup kuat sehingga tapak tangannya terasa cukup pedih. Izzudin terus memegang pipinya dan dikesempatan itu Lulu terus berlari membuka pintu. Tiba-tiba Lulu merasai tubuhnya bagaikan melambung dan dia telah berada dalam cempungan Izzudin.
“Qila dengar abang dulu!” Lulu meronta-ronta ingin melepaskan diri. Namun Izzudin lebih gagah merangkul tubuhnya lalu kembali membawa dia masuk. Lulu kehilangan ihktiar lalu mencakar muka Izzudin dan apa sahaja yang tergapai oleh tangannya.

Lulu dan Gaban:
Bibir Lulu mulai membiru dan dia mulai menggeletar menahan dingin. Tiba-tiba Gaban menarik tangan Lulu dan gadis itu hanya menurut, kerana dia rasa semakin tidak berdaya untuk bertahan. Gaban menarik Lulu ke dadanya...
“I’m sorry” dia berbisik perlahan
“I never thought badly of you.” Lulu menjawab perlahan, Gaban memeluk Lulu dengan erat dan dia memejamkan mata. Entah kenapa Lulu diserbu sebak. ‘i wish to hug you Gaban.’ Lulu diserbu prahara rasa, dan ia di bawah sedarnya. Gaban selalu ada buatnya dan Gaban juga sering membuatkan dia rasa selamat.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters