Monday, June 30, 2014

Novel terbitan lovenovel julai 2014




Tajuk : Bunga-Bunga Bahagia
Penulis : Wawa Akil 
Terbitan: Lovenovel

SINOPSIS:
Nuha Qalisya serik. Sumpah dia serik untuk bercinta lagi. Tiga tahun dia menyulam cinta namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Percintaannya dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya tidak kesampaian apabila Zariff Adam berlaku curang. Saat itu gelap seluruh hidupnya. Dia mahu bangkit. Itu tekadnya. 

Namun kehadiran jejaka bernama Akif Irham mengubah segala. Lelaki itu tidak pernah serik walaupun ditolak berkali-kali. Alasannya hanya kerana Akif Irham lebih muda daripadanya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Beri saya peluang untuk mengenali Cik Nuha Qalisya. Lelaki tidak semuanya sama. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi tolong jangan hukum saya hanya kerana pengalaman Cik Nuha…”- AKIF IRHAM

Walaupun dia sering kali menidakkan kehadiran lelaki itu, namun kehadiran lelaki itu mula menjentik hati. 

“Saya tidak pernah menolak awak malah kehadiran awak merubah 360 darjah kehidupan saya. Awak dah jadikan saya seperti roller coaster”- NUHA QALISYA

Apabila hati mula berbunga rasa, muncul pula Zariff Adam kembali menagih kasihnya. 

“Saya dah tak boleh terima awak dalam hidup saya. Masa untuk awak sudah tamat…”- NUHA QALISYA

Pelbagai cara dilakukan lelaki itu untuk merebut semula hati Nuha Qalisya. Rawannya hati mengharungi setiap dugaan. Malah hatinya makin parah apabila Akif Irham ditangkap khalwat. 

Bagaimanakah kisah cinta tiga segi antara Nuha Qalisya, Akif Irham dan Zariff Adam berakhir? Semuanya terjawab dalam Bunga-Bunga Bahagia.

Walaupun serik kerana cintanya kecundang, 
namun hidupnya perlu diteruskan…



Tajuk : SAAT KAU LAFAZKAN 
Penulis : ISMA ADELIYA
Terbitan: Lovenovel

SINOPSIS:-
Izureen melarikan diri kerana kecewa sahabat karib yang dicintai dalam diam akan bertunang dengan bakal adik ipar kakaknya. Dia bertemu pula dengan Naim Zakaria yang pulang ke kampung dan memulakan perniagaan homestay dan chalet untuk merawat hati yang dicalarkan oleh bekas tunangnya. Persahabatan yang bermula dengan baik bertukar keruh kerana tuduhan melulu Naim. Sudahnya Naim digelar MR ANNOYING. 

“Yes! You are irritating, annoying dan saya rimas dan menyampah sangat-sangat dengan awak!” - Izuren 

“But I found you interesting.” - Naim

Tapi siapa mampu menebak takdir? MR ANNOYING yang tanpa sedar sudah terpaut hatinya pada Izureen ditakdirkan menjadi suami kepada Izureen. Demi cinta yang ada, Naim berusaha meraih cinta si isteri. Tatkala cintanya dibalas muncul Muaz menagih semula cinta Izureen. Mampukah cinta Izureen dan Naim bertahan?

Saat kau lafazkan cinta, aku melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allahu Rabbul Izzati. - Naim

Saat kau lafazkan tuduhanmu, kau telah meletakkan aku di tempat yang paling hina. Tempat bagi isteri yang curang adalah neraka. Itukah yang kau mahukan? Neraka untuk aku? - Izureen


Tajuk : Mawar-Mawar Cinta 
Penulis : Wardina Aisyah 
Terbitan: Lovenovel

SINOPSIS:
Zara gadis yang cantik. Tapi cinta sentiasa tidak menyebelahinya. Kegagalan cintanya dengan Ajib membuatkan dia bangkit semula dengan keazaman baru. Hari pertama melangkah dengan azam baru…
“Macam mana ni awak memandu?” – Hakimie

“Minta maaf la encik. Saya pun bukan suka-suka nak main brek-brek ni. Tapi... yang encik ni tiba-tiba je berhenti kenapa?” – Zara

Walaupun dia yang salah tapi dia tak mahu mengakui kesalahannya. Bencinya dia bila lelaki itu turut berlagak poyo. Wajah hensem pun tak guna kalau bahasa kerek semacam. Dasar keturunan Haji Bakhil, dengan perempuan pun mahu berkira.

Setelah seminggu melayan lara, Zara masuk bekerja semula…

“… saper pulak yang gantikan tempat si naga betina tu?” – Zara

Namun Zara tak menduga, rupanya lelaki yang dibenci adalah ketua barunya. Bermulalah episod buli antara si ketua dan pekerja. 
Dalam masa yang sama, Zara sering didatangi tiga kuntum mawar merah. ‘Kumbang Jingga’pengirimnya. Siapa dia? Zara sendiri nak tahu. Adakah Pakcik Os, pengawal keselamatan yang tidak sedar usianya ataukah Ajib yang mula tertarik semula dengan penampilan baru Zara yang lebih bergaya.

Masa berlalu. Siapa dia untuk menidakkan kata hati. Saat cinta mekar berbunga, hubungan barunya diduga. Zara kecewa lagi. Dengan semangat yang lebih kuat dia mengundur diri. Bagaimanapun, tiga kuntum mawar merah masih terus menemani. Zara teringin bertemu dengan sang Kumbang Jingga yang mencuri hati. Namun, siapakah dia? Zara tak pernah tahu siapa gerangannya si dia di sebalik nama serangga si Kumbang Jingga.
U


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters