Saturday, June 14, 2014

Novel terbitan idea kreatif jun 2014



Tajuk : TEMU DUGA CINTA
Penulis : RIDHYA IMAN
ISBN : 978-967-0718-04-0

Sinopsis :
Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair. 

Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya.
“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair

Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu. 

“Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain

Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya. 

Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.

“Kita kahwin?”

‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang. 
Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram? 

Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?

Note :* Potongan RM2 setiap naskah untuk pembelian online ** Potongan RM4 setiap naskah untuk pembelian walk in Office IKP *** Potongan RM6 setiap naskah untuk pembelian walk in di Office IKP bagi Ahli KIKers yang ada kad keahlian. (Kad keahlian hanya akan dikeluarkan bermula 21 jun 2014)


Tajuk : KALAU SAYANG KATALAH SAYANG
Penulis : FAZUIN 
ISBN : 978-967-0718-05-7

Sinopsis :
Lelaki yang bernama Abang Joey itu memang Malia tak suka. Kaki buli dan selalu buat perangai tak serupa orang. Kalau tak ikut cakap dia, menjerit macam tarzan.

“Abang kira sampai tiga. Kalau tidak abang angkat.” 
Kan dah cakap. Benci!

Dari zaman universiti, Malia memang dah jatuh cinta dengan Zakuan. Dan dia berharap lelaki itu juga turut menyintainya. Tapi, luluh hatinya bila tiba-tiba Zakuan memilih rakan mereka, Anna sebagai teman hidup.

Ketika Malia dilanda kecewa, Abang Joey yang dia tak suka itulah datang sebagai hero menghulur tangan. Dan... Malia nekad terima Abang Joey walau tanpa cinta di hati.

Pun begitu, saat cinta mula membenih, ada rahsia yang terbongkar. Abang Joey dikatakan penyebab kenapa Zakuan memilih Anna.

Benarkah begitu? Jika benar, apakah Malia sanggup berpaling meninggalkan Abang Joey untuk Zakuan? 

“Lia ni perempuan bang. Perempuan jarang yang buat perangai.” 

“Sebab jarang tu lah abang takut. Takut abang yang terpilih untuk dapat isteri curang.” 

Makan dalam juga kata-kata tu. Jadi, aku putuskan untuk tutup mulut saja. 

Note :* Potongan RM2 setiap naskah untuk pembelian online** Potongan RM4 setiap naskah untuk pembelian walk in di Office IKP*** Potongan RM6 setiap naskah untuk pembelian walk in di Office IKP bagi Ahli KIKers yang ada kad keahlian. (Kad keahlian hanya akan dikeluarkan bermula 21 jun 2014)


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters