Thursday, July 3, 2014

Novel terbitan fajar pakeer julai 2014



TAJUK : GILANYA CINTA KITA!
PENULIS : EZDIANI ABD RAHMAN
ISBN : 978-967-365-204-4

Bercinta bersama, tetapi berkahwin dengan wanita lain. Airis Auni kecewa dengan keputusan kekasih hatinya, Affan, bila dia berkahwin dengan pilihan keluarganya. Kerana duka itu, dia tekad untuk melupakan segalanya.

“Airis, kita kahwin! Jadi isteri kedua Fa’an.” - Affan

Airis Auni ada harga diri! Dia tidak mahu dituduh orang ketiga! Pintu hatinya sudah tertutup untuk menyambung kembali cinta itu. Dia bukan perampas!

“Dia ni bakal isteri aku. Mestilah aku kisah kalau kau ganggu dia!” - Haris Daniel

Terkelu lidah tak terkata. Siapa pemuda itu? Yang penting dia selamat daripada gangguan Affan. Lelaki itu sering hadir setiap kali dia diganggu oleh Affan. Dia bagaikan penyelamat. Dia bagaikan wira. Dan, dia juga buat Airis Auni gila bila ingin mengahwininya. Dia nakal, serius, kelakar dan ada kalanya sangat mencuit hati. Tindakannya walaupun menyakitkan hati tetap membuat hati Airis Auni berdetak laju. Namun, tiba-tiba Haris Daniel datang dengan gadis lain, mencari baju kahwin.

Hati Airis Auni terasa sakit. Sejarah lama bagaikan berulang kembali. Harapan yang diberikan bagaikan meragut jiwa. Haris Daniel hanya mengecewakan hatinya. Kerana kecewa dia meminta ibunya menerima sesiapa sahaja yang melamar. Hari perkahwinan tiba! Hati bagaikan berat untuk izinkannya terjadi. Namun, Airis Auni reda juga. Sah dia menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dicintai. Saat tangannya disarungkan dengan gelang siput, dia terkesima. Haris Daniel adalah suaminya!

Hadirnya Zara, bekas kekasih Haris Daniel sering mengganggu emosi Airis Auni. Affan juga tidak pernah jemu memujuk Airis Auni untuk kembali, hingga sanggup ceraikan isterinya semata-mata ingin bersama. Gilanya cinta mereka… 




TAJUK : AKU, DIA & PINKY PROMISE 
PENULIS : ANNA LEE
ISBN : 978-967-365-203-7 

Apa yang akan anda lakukan jika diberi kesempatan merentas masa kembali ke masa lampau?

Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki. 

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya. 

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara. 

“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”
“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”
“Aku akan tunggu kau.”
“Aku akan cari.” 


TAJUK : MAKIN JAUH MAKIN SAYANG
PENULIS : NUR IZZATI
ISBN : 978-967-365-202-0

Mamat tak makan saman. Agaknya dah terbiasa berkepit dan bertukar-tukar perempuan sampaikan semua benda tentang orang perempuan dia tahu. Luar dan dalam! Nadrah benci Hakim kerana pemuda itu mempunyai sejarah silam dan hitam dengannya. Dia tak mahu jumpa Hakim lagi. Namun, aturan hidup adalah bertentangan. Hakim dan dia rupanya ditunangkan sejak kecil lagi.

Selama tiga tahun Hakim mencari Nadrah. Dia dihantui kesalahan silamnya. Dia mahu memohon maaf kepada Nadrah, namun sukarnya mencari Nadrah yang memadamkan setiap jejaknya daripada hidupnya. Siapa sangka dia akan bertemu Nadrah kembali, sebagai tunangan pilihan ibu dan ayahnya. Belum mak ayah tanya setuju, Hakim lebih dulu bilang sudi. Ya, dia mahu kahwini Nadrah dan betulkan kesilapan yang dulu.

“Nak minta maaf dengan orang. Tapi, masih nak naikkan kemarahan aku. Seksa jiwa aku. Seronok agaknya bila dapat seksa aku habis-habisan. Psycho!” 
“Nadrah, sayang, rindu, rindu, rindu… tapi dia tak endahkan aku.”

Nadrah menolak, Nadrah menjauh, namun Hakim tetap kejar dia sampai dapat. Ikatan perkahwinan termetrai dan hubungan hati terjalin kembali.

“Sayang, walau sejauh mana awak berlari, saya tidak akan pernah berhenti daripada terus mengejar cinta awak. Berilah saya peluang untuk menyentuh kembali hati awak. Membahagiakan diri awak. Saya berjanji atas nama Allah di saat lafaz akad termeterai antara kita berdua nanti, saya akan menjadi seorang suami yang setia kepada isterinya yang bernama Nurul Nadrah binti Badrul.” 

Namun, kehadiran Deanna Raihana mula merosakkan hubungan yang mula hendak jernih. Tambah apabila melihat suaminya bersama Deanna Raihana dan seorang bayi. Hakim bohongnya lagi dan hati Nadrah sakit lagi. Tapi, makin Nadrah hendak jauh, makin dalam sayangnya kepada suami sendiri.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Happy Mind said...

:) sukanya terjumpa cerita aku, dia dan pinky promise. dah lama tunggu weh:: terima kasih sebab bagi pencerahan kat blurbnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters