Monday, September 22, 2014

Novel terbitan Teratak Kasih Publication bulan may 2014


KEKASIH UNTUK DIA ~ Nueen @ Sarah Marissa
ISBN : 978-967-12461-0-8
Penerbit :Teratak Kasih Publication


Sinopsis:

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala filem Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tidak perlukan sesiapa pun.
Kemudian bertukar jadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezanya macam merak kayangan dengan gagak di rimba.
Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang.
“Sayang...”
“Ya...”
“Di dunia ini ada tiga yang abang suka.”
“Apa tu?”
“Pertama matahari, kedua bintang.”
“Yang ketiga?”
“Sayanglah.”
“Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang...” 
Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang dan yang mana malam.
Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam, mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam KEKASIH UNTUK DIA

Untuk kawan-kawan yang masih belum dapat Kekasih Untuk Dia, boleh membuat pesanan. Kami dalam usaha untuk menyambung Kekasih Untuk Dia. Tetapi tajuknya kami tukar kepada SUAMI EDISI TERHAD. Bersesuaian dengan status mereka yang sudah bergelar suami isteri


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

4 comments:

Scha Nazri said...

Aaaa, rasa mcm nak bli pulakk.

Chien si puteri said...

hehe.. aku pun baru booking dari my supplier :) best cerita ni...

Anonymous said...

macam best..takde jual dkt bookstores ke?

Chien si puteri said...

novel limited edition..
boleh order dari penerbit selagi stok masih ada.. https://www.facebook.com/pages/Teratak-Kasih-Publication/269508069903609?fref=ts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...