Monday, February 24, 2014

Novel terbitan Fajar Pakeer bulan March 2014





Tajuk: Mr. Awesome Guy 
Penulis: Anastasia Qirana
Terbitan Fajar Pakeer.

Sinopsis:
“Kalau saya, saya akan pilih tapak sulaiman.”

Sepotong ayat yang menggamit hati seorang Chyrill untuk mengenali seorang Fitrah. Si gadis didekati bukan dengan niat untuk menggatal atau memikat, tetapi kerana dia seronok mendengar patah kata gadis tersebut yang selalu tak terjangka oleh pemikiran lelakinya. Tanpa sedar, Chyrill menjadi tamak. Egonya berbisik yang petah bicara dan tawa Fitrah tidak boleh dilihat lelaki lain dan untuk itu, dia mahukan hak ke atas si gadis. Lalu dengan yakin, dia menyuarakan keinginan hati.

“Cintai pemilik hati saya terlebih dahulu, dan saya akan pertimbangkan lamaran Mr. Chyrill tu.”

Syarat yang menyebabkan Chyrill terkedu untuk seketika dan Fitrah bergidik gembira. Tetapi, Fitrah lupa, lelaki yang bernama Chyrill Benjamin ini tidak pernah pandai untuk mengalah selagi kemahuannya tidak tercapai. Jika itu yang diingini, itulah yang akan diusaha sehingga jadi. Akhirnya, Fitrah menjadi milik Chyrill, sebagaimana Chyrill ingini.

“Saya dah jumpa pemilik hati Fitrah. Dan saya datang tuntut janji kerana cinta saya pada pemilik hati gadis yang bernama Fitrah.”

Ternyata jodoh mereka kuat hingga termeterainya ikatan halal lagi suci. Tetapi hati galau seorang suami meladeni sikap si isteri yang suka menguji, hanya Chyrill yang merasai. Fitrah yang sebelum berkahwin dengan Fitrah yang bergelar isterinya, seperti dua orang yang berbeza. Yang sama, hanyalah sikap suka menguji sehingga kadangkala sukar untuk dia menelah isi hati orang yang dicintai.

“Jangan pernah panggil saya Fitrah, Mr. Chyrill. Saya bukan dia. Saya bukan Fitrah. Saya Nurani.”

Pening Chyrill dengan permintaan tak masuk akal tersebut. Dia mengaku, jika tak menguji, bukanlah Fitrah namanya. Namun dia optimis. Si isteri akan dipastikan menerima kenyataan dan hakikat yang terbentang di depan mata. Jika isterinya ingin bermain api, dia lebih ingin untuk menyemarakkannya, biar mereka sama-sama terbakar dalam satu ikatan yang suci



Tajuk: Misi Curi Hati Dia.
Penulis: Ameera Ameer.
Terbitan: Fajar Pakeer.

Sinopsis: 
Perempuan <-- Semudah petik jari
Kerjaya <-- Tip-top dan tak perlu susah hati
Duit <-- Hari-hari dicari biarpun terpaksa tidur dua jam sehari
Cinta <-- Ini yang paling payah sekali. Sendiri tepuk dahi! 

Itulah moto lelaki yang bernama Mohd Zulnazri atau dikenali sebagai Azri_SiRempit, lelaki nakal yang sering menabur kata-kata manis kepada rakan-rakan perempuan di laman muka buku. Hakikatnya dia bukanlah senakal itu kerana sebenarnya dia sedang mencari cinta yang satu. 

Nur Fathia atau dikenali sebagai Tia_the freak, digelarkan sebagai puak pembangkang oleh Azri kerana kelancangannya membidas setiap status-statusnya. Walaupun dia nampak selamba, namun hakikatnya dia adalah seorang perempuan yang menyimpan sebuah luka kerana peristiwa lalu. 

Azri_SiRempit: Kerja saya senang aje. Lepas hantar surat saya mengular…
Tia_the freak : Azri_SiRempit the Anaconda… 
Azri_SiRempit: I bukan anaconda Tia_the freak tapi I Dracula…
Tia_the freak: Azri_SiRempit< --- BENGONG!

Setelah setahun bermesra di laman muka buku, akhirnya mereka bertemu. Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta sehingga Azri nekad meluahkan perasaan. Namun, disebabkan luka yang pernah bertamu di hatinya, cinta Azri ditolak dan Fathia terus menyepi. Azri nanar kerana antara ramai gadis yang dikenali hanya Fathia yang bertakhta di hati. 

Menolak cinta Azri membuatkan Fathia penasaran sendiri, namun ada satu hati yang tidak jemu memujuk rayu menyebabkan dia lemas dan dalam dilemma antara Azri dengan Khairul Azmi Datuk Mustafa, lelaki yang pernah dicintai sepenuh hati, tetapi lelaki itu jugalah yang tega menghancurleburkan hatinya. 

Azri kecewa, namun tak pernah putus asa. Berbagai cara dilakukan untuk memikat si dia. Akan berjayakah Azri dalam operasi curi hati dia itu?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters