Friday, November 28, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan januari 2015





Tajuk: BICARA HATI 2
Penulis: Damya Hanna
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
“SETIA ke akhir hayat!”

Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat.

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?


Tajuk: SAYA CUP HATI AWAK! 
Penulis: Zan Zarida
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Gila! Tiba-tiba sahaja jejaka itu muncul di hadapan Juita dan terus melamarnya. Namun, Juita lagi gila. Dia terus sahaja menjawab ‘ya’. Ini semua gara-gara abahnya yang bertanya soal jodoh dan kahwin menerusi telefon.

Biar betul? Jeffrey mahu pengsan. Dia hanya mahu menyahut cabaran rakan-rakannya. Sangkanya gadis itu akan menolak dan menuduhnya gila, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dia sudah tidak keruan. Berhari-hari Jeffrey berfikir.

Akhirnya, dia nekad untuk bertemu dengan Juita dan mengakui yang dia sudah jatuh cinta! Malangnya, Juita pula jual mahal dan main tarik tali dengannya.


Tajuk: FARIS LOVE LAYLA
Penulis: Batiah Hadi
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Faris, anak hartawan yang punya taste tinggi manakala Layla, gadis kampung yang biasa-biasa sahaja. Beza antara mereka seperti langit dan bumi. Mereka dalam satu ikatan yang tak dirancang. Pada asalnya, Faris memandang Layla sebelah mata sahaja. Namun, cinta datang tanpa diundang. Hati Faris mula menjadi haru-biru. Dia gilakan Layla siang dan malam. Apa saja sanggup dilakukan untuk memikat hati Layla. Tapi... Layla mahukan suami yang kaya ilmu agama, bukannya kaya harta benda.

“Gadis lain mungkin akan melutut bila tengok rupa dan kekayaan awak! Tapi, bagi saya… awak kosong! Tak ada langsung ciri suami pilihan saya!” – Layla.


“Awak memang lain daripada perempuan yang saya pernah kenal. Saya teruja bila dicabar begini! Jadi, saya akan memiliki awak sama ada awak rela atau tidak!” – Faris.


Sejak itu, Faris terus memburu cinta Layla sehingga ke Kota Boston. Ketegasan Faris akhirnya meruntuhkan tembok di hati Layla. Sayangnya, ketika cinta baru berputik, muncul orang ketiga di sisi Faris. Kasih mereka berkecai ibarat kaca. Masih adakah titik pertemuan antara mereka?


Yazid bin Atan, pemuda biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu peribadi. Di laman Facebook, dia jatuh hati dengan Liza Wati. Seorang gadis yang cantik, berpelajaran dan dari keluarga berada.

Demi untuk memikat hati si gadis, Yazid berbohong, kononnya dia juga anak orang kaya. Namun tanpa disedari, pesaing cintanya adalah Azman Hussin.

"Konon-konon kau anak orang kayalah tu! Alahai poyo bin sengal betullah si mamat ni. Hei brader, cakap ajelah itu rumah bos kau! Tak ada orang ambik tahulah!" - Yazid mengecam profil Facebook Azman Hussin.

Tembelang Yazid terbongkar di majlis meraikan kepulangan anak majikannya dari  Australia, yang turut dihadiri oleh Liza Wati. Rupa-rupanya Azman Hussin adalah bakal bosnya.


"Hei brader! Kau dengar sini baik-baik apa aku cakap! Aku ni... bukan kau punya brader, tahu tak! Tapi aku ini... kau punya tuan. Kau punya bos! Kau tu... harus panggil aku tuan, bukan brader! Kau faham tak?" - Azman Hussin

'Untuk apa kita berbicara tentang cinta dan rindu? Andai itu semua jelas tertulis di dinding hatimu dan hatiku.' - Liza Wati.

Siapa lelaki bertuah yang akan dipilih?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Unknown said...

bagus.. tapi gak mudeng bahasanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters