Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan intens idea bulan November 2012



Dan Sepi Pun Berlalu ~ Fauziah Ashari

Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…

Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.
Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…
“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah
Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.
“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq
FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.
FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.
‘Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.
Hayati gelak tawa bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak Usang dan pelbagai rasa…


Cahaya Cinta ~ Izra Noh

Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yang papanya ciptakan sejak usia tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yang tercicir. Dia menjadi seorang yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bos yang berperangai seperti papanya hadir dalam hidup. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci terhadap Haziq dan tambah tertekan apabila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.

Suatu hari...Ellynna terkedu apabila berhadapan dengan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya...

"Adik akan ikut cakap papa?"
"Tidak!" tegas jawapan Ellynna.
Zumm...

"Argh!!!" Ellynna menjerit apabila dengan kejam papa menyimbah air panas ke mukanya. Namun, jeritan itu tersekat di kerongkong apabila air yang dicurah itu adalah air sejuk!

"Itu baru air sejuk." Kamal tersenyum sambil menjeling cerek di tangannya. Kini, Ellynna tahu air di dalam cerek itu memang air panas!




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters