Friday, November 21, 2014

Novel terbitan October bulan december 2014





KERNA ENGKAU NYAWAKU
Karya: Fathi Fatim 
ISBN: 978-967-0707-26-6

“Saya pergi sehari aje. Lepas habis kerja, saya baliklah. Kan saya dah janji, nak temankan awak nanti. Selama kita kahwin tak pernah lagi saya mungkir janji kan?”

Demi mencari rezeki untuk pemaisuri hati, Nazneen dan insan yang bakal menyerikan hidup mereka, Esman harus bekerja bersungguh-sungguh. Sehingga dia terpaksa menolak rasa kurang senang apabila terpaksa meninggalkan Nazneen untuk bertugas di luar daerah.

“Kau tak suka aku kan?”
“Ya. Memang tak suka. Kau selalu menyusahkan aku. Buat aku serabut. Masa mula-mula jumpa pun kau dah buat hal.”
“Siapa suruh kau menyibuk sangat kejar penyangak tu? Aku tak suruh pun.”

Esman dan Jauza dipertemukan dalam keadaan yang tidak terkawal. Esman yang memang pantang nampak sesiapa ditindas, pantas ‘mengerjakan’ manusia yang meragut beg tangan seorang gadis. Dan gara-gara ‘sesi’ itu, kedua-duanya datang lambat ke tempat kerja, pada hari pertama.

Mereka menjadi rapat sebagai rakan sekerja, namun bagi Esman, diri Jauza masih menjadi misteri dek sikap gadis itu yang jarang bercerita tentang kehidupannya.

Tiada yang lebih penting dalam hidup Esman selain daripada si kecil, hadiah daripada Nazneen buatnya. Tapi, mampukah dia menjadi seorang walid dan seorang umi kepada bayi kecil itu?

Demi ‘nyawanya’ itu, Esman sanggup melakukan apa saja untuk memberi kesenangan kepada masa depan anaknya, dan demi bayi kecil itu juga, Esman sanggup mengetepikan perasaannya. Sehinggalah… dia tersedar akan kewujudan seseorang yang selalu ada dengannya, dan gadis itu selalu mampu menerima kehadiran dirinya bersama anaknya itu.

“Selama ni kau ingat aku syok kat kau la?”
“Boleh jadi juga. Kau kan perempuan yang penuh dengan kejutan.”
“Takkanlah aku nak syok kat lelaki yang ada anak kut? Aku bukan perempuan jenis tu, Ais. Aku tak suka yang pakej-pakej ni. Aku nak yang solo aje. Senang.”

Walaupun gadis itu menafikan, namun Esman pasti Jauza membatalkan perkahwinannya pada saat ijab dan kabul bakal dilafazkan, adalah disebabkan oleh dirinya. Namun Esman tak tahu, Jauza melakukannya bukan semata-mata kerana Esman, tapi ada satu sebab yang tak mampu diberitahu demi menjaga maruah bakal pengantin lelaki.

“Maafkan aku Jauza sebab dah banyak sangat sakitkan hati kau. Mesti kau banyak menangis sebab aku kan?”

“Kalau sayangkan seseorang, memang air mata jadi murah sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal sebelum ni aku bukan jenis yang senang menangis.”

BILA HATI BERAHSIA
Karya: Norra Hassan 
ISBN: 978-967-0707-25-9

Fitri menghantar mesej. Sukma akan pulang. Tiga patah perkataan sahaja tetapi cukup untuk membuatkan aku terasa seperti duduk di atas duri sepanjang hari!

Siapa Sukma? Dialah seorang gadis yang menjadi perbualan dalam fikiran Fitri dan Hannan. Bagi mereka, Sukma menjadi watak utama dalam kehidupan sebenar mereka. Dan kini, mereka mendapat tahu yang Sukma akan pulang ke tanah air. Mampukah mereka berhadapan dengan Sukma dan sikap ‘sebenarnya’ itu?

“Siapa yang meninggal dunia?”
“Tak ada sesiapa yang meninggal. Tapi saya yang akan mati.”

Itulah yang bermain-main dalam fikiran Hannan sebaik saja mendapat tahu Sukma akan muncul dalam hidupnya ‘sekali lagi’ setelah bertahun-tahun mereka terpisah. Kalau tak kerana cinta Sukma ditolak oleh Fitri dahulu, pasti Hannan tidak terjebak dalam cerita yang tiba-tiba jadi cinta segi tiga.

Mampukah Hannan dan Fitri menerima kenyataan yang Sukma akan pulang dan benar-benar wujud dalam kehidupan mereka berdua yang masing-masing kini sudah membawa haluan hidup sendiri?

Namun… Hanya Fitri, si mister perfect saja yang tahu akan perasaannya yang sebenar. Hakikatnya, sejak dulu hingga kini, nama gadis itu ada bertakhta dalam hatinya. Namun dia terpaksa membiarkan gadis itu memilih jalan hidup tanpa dia hanya kerana mahu menyelamatkan gadis itu dari perhatian Sukma.
Kini… Bagaimana caranya Fitri hendak melafazkan rasa cinta itu kepada wanita yang dilihatnya kini jelas tidak bahagia bersama lelaki yang bergelar suami? Sedangkan pada waktu yang sama, dia mahu wanita itu terlindung dari perbuatan Sukma yang tidak kenal erti belas?

Sukma… Kenapa kau wujud hanya semata-mata untuk menakut-nakutkan dan memusnahkan semua impian kami? Dan bertambah musnah harapan Hannan dan Fitri untuk bahagia dengan kehidupan mereka apabila Marina ada bersama Sukma, memberi semangat dan memberi nafas yang berbeza kepada gadis itu. Mampukah Hannan dan Fitri kuat menghadapinya?

“Kenapa seorang lelaki menyimpan cintanya yang telah hilang, walaupun perkara itu adalah perkara yang menyakitkan untuk dikenangkan kembali?”

“Mungkin kerana dia masih berharap.”


MINI NOVEL TERPILIH RESIPI CINTA VOLUM 1
Karya: 10 PENULIS
ISBN: 978-967-0707-24-2

Resipi Cinta ini mengingatkan kita bahawa, tanpa cinta, hidup hambar dan untuk mewujudkan rasa cinta, jangan pernah kenal erti putus asa untuk meraih cinta tersebut.

Semoga mini novel yang terpilih di dalam naskhah ini memberi kesan kepada pemikiran dan memberi resipi kepada semua insan untuk bercinta.

Tarian Cinta ~ A’je Fazlina
P.U.J.A ~ Nurmala Samin
Secantik Magical Rhododendron ~ Syasya Bellyna
Jaga Dia Untukku ~ Amer Mukhlis
Harga Cinta Zalifah ~ Zuraidah Muhidden
Blind Item ~ Qeuu
Saat Kau Pergi ~ Maria Kajiwa
Rasa Cinta Untuk Dia ~ Ailah Diela
Miracles In December ~ MinZhee
Cinta Yang Kembali ~ Wazrul Shah



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters