Tuesday, January 6, 2015

Novel terbitan cute kreatif bulan februari 2015



AKAN DTG FEB INI!!..Keluran terbaru CUTE KREATIF..bergenre seram + mistik + cinta (??..mkin ada jga)..hehehe..jika anda mncri kelainan jln cerita..pastikn miliki naskah karya gbung pnlis HAYATI AHMAD dan AZIZAH AMI ini..ia jga LIMITED EDITION!!..uishhh..ini bru btul angker ayat tu..huhu

KU SERU ~ HAYATI AHMAD

DIA berlari selaju-lajunya tanpa arah tujuan. Segala kudrat dikerah untuk menyelamatkan diri. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya sudah bermandikan peluh. Matanya meliar melihat sekeliling dalam pandangan yang amat terbatas.Cahaya bulan melimpahi alam, namun pepohon yang menjulang menghalang bias itu sampai kepadanya, hanya bayang-bayang hitam sahaja menaunginya. Sesekali ia bagaikan tangan-tangan hitam yang seakan ingin menggapainya.“Kejarrrrrrr! Hoi jangan lari!” Wanita itu menoleh ke belakang. Debarnya memenuhi dada. Kumpulan manusia itu semakin hampir. Telinganya jelas mendengar derap langkah mereka yang semakin hampir dan bias jamung juga berbalam dia celah belukar yang mengelilinginya.“Cepatt! Dia menuju ke kubur, hapuskan perempuan tu!” Mereka terus mengejarnya, namun wanita itu hilang di sebalik pokok-pokok jejawi yang akarnya berjuntaian. Nisan kayu yang berceracak kebanyakkannya diperbuat dari ruyung nibung membiaskan bayang-bayang memanjang seolah-olah objek hitam yang berdiri.“Itu dia! Tangkapppp!” wanita itu melolong diheret dengan iringan takbir dan bacaan ayat-ayat suci. Dia merayu agar dilepaskan. Lelaki itu pula dibakar hidup-hidup. Bau daging terbakar menusuk hidung.

SIHIR CINTA ~ AZIZAH AMI

TANGAN yang sedang memegang tulang mayat mati beranak sulung itu terpelanting apabila tangannya seolah-olah ditepis oleh sesuatu. Elly meraung tatkala menyedari tangannya menjadi hitam dan seperti melecur di tekap dengan besi panas. Hazrul menekup telinganya dengan bantal. Bukan tidak kasihan tetapi Elly benar-benar mempergunakannya. Matanya menangkap bayang yang melintasi tingkap biliknya. Mana mungkin itu bayang milik manusia biasa memandangkan ketinggian makhluk itu melebihi tubuh biasa seorang manusia malah keadaannya seperti bongkok tiga. “In kullun nafsin lamma alaiha hafiz” zikir yang diajar oleh Haji Hamdan dialunkan dengan mata yang terpejam rapat. Tidak mahu dia memandang ke arah tingkap itu semula. Elly tidak tahan lagi. Dia mahu bangkit tetapi makhluk yang tingginya mengalahkan galah itu tersenyum menampakkan taringnya.“Kau manusia memang lupa janji,” suara garau itu menyentak keberanian Elly.“Mana janji yang kau perlu bagi pada aku?Kau memang manusia yang bodoh! Kau dah dapat apa yang kau mahu, kau lupa janji kau.” Mata makhluk itu merah menyala.“Aku takkan bagi kandungan ini pada kau, syaitan!” Jerit Elly. Makhluk itu ketawa dan semakin hampir pada Elly. “Kau ingat itu anak dia? Itu anak kita!”Elly tersandar ke dinding. Kau lupa? Setiap kali tiba bulan mengambang...kau akan jadi milik aku?” Berdekah-dekah makhluk itu ketawa.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters