Monday, December 16, 2013

Novel terbitan Alaf 21 January 2014



Sinopsis

Danisha Sarah terpaksa menjadi ibu ekspres apabila dia menjaga sepasang adik-beradik yang dia sendiri tidak tahu siapa bapa mereka. Yang dia tahu ibu mereka meninggal dunia. Semakin lama menjaga, dia semakin sayang mereka. Suatu hari, masalah melanda apabila dia mendapat surat daripada peguam. Ayah mereka datang untuk menuntut hak penjagaan. Apa lagi... mengamuklah Danisha. Namun, syarat diberikan iaitu Danisha harus mengahwini lelaki itu. Pada masa yang sama, dia dilamar oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu akan memberi mas kahwin sebanyak RM22.50. Pening kepala Danisha sama ada menerima atau tidak lamaran itu dan dia sendiri keliru lelaki yang mana berhak menjadi suaminya.


Sinopsis

Deadline, deadline, deadline! Bila tiba saja ‘hari’ itu, semua orang akan menjadi stres. Terutamanya Sumayyah. Dia selalu menjadi mangsa buli Zahin. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Apa sahaja yang dibuatnya, selalu tidak kena di mata Zahin. Perasaan benci terhadap Zahin begitu membuak-buak sehingga sesak nafas dibuatnya! Tapi siapa sangka, perasaan benci itu bertukar menjadi rindu dan sayang. Dalam diam, Zahin begitu mencintai Sumayyah. Perasaan ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Biarlah hanya ALLAH sahaja yang tahu isi hati mereka berdua. Namun, perasaan itu terhalang dengan kehadiran Sabrina yang menabur fitnah antara mereka.


Sinopsis

Amira terkedu saat melihat wajah lelaki yang meninggalkan parut hitam di dalam hidupnya. Bertahun dia cuba melupakan kisah hitam yang berlaku antara mereka. Tapi, lelaki itu muncul kembali. Faizal menjejaki Amira demi kemaafan. Dia cuba membetulkan kesilapan lalu. Tapi, realitinya bukan senang untuk mengubat luka di hati. Kata maaf yang dipinta, hanya dipandang sepi. Kata-kata itu hanya di mulut Amira. Di dalam hati dia berperang dengan perasaan. Ada getar di hati tatkala mengingati lelaki itu. Operasi di Pulau Langkawi telah menjadi titik perubahan di dalam hubungan dingin itu. Mengharungi saat-saat getir bersama di pulau itu, menyingkap rahsia hati yang terpendam.


Sinopsis

Que bekerja sebagai penghantar surat. Dia sangat komited dengan kerjanya walaupun dia berpelajaran tinggi. El, bosnya sangat tegas dan suka memaksa. Que sangat bengang. Rupa-rupanya dalam diam, El suka pada Que. Dia suka tengok Que marah dan berbalas kata dengannya. Cuma satu sikap Que yang paling El tidak suka. Que kaki motor dan ada Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Akhirnya, mereka berkahwin juga. Akibat dua-dua keras kepala dan ego, mereka berpisah tanpa lafaz. Lima tahun Que hidup di Jepun. Selama itu, dia membesarkan anaknya sendiri. Selama itu juga El mencari. Akhirnya, selepas penat bermain dengan takdir, pertemuan terjadi semula. Kekusutan terlerai dan mereka gembira akhirnya.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters