Monday, January 12, 2015

Novel Seandainya Tuhan Mengizinkan | limited edition


Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusan penerbitan SEANDAINYA TUHAN MENGIZINKAN. Pada yg dah buat pembayaran, terima kasih. Saya akan update dalam rekod. Once novel dah ready, saya akan post dan update dr semasa ke semasa. Pd yg berminat utk mendptkan STM, blh inbox saya. DISINI. LIMITED EDITION. Terima kasih.

********************************

Semenanjung - RM24.00 + RM6.00 (Postage)
Sabah & Sarawak - RM27.00 + RM10.00 (Postage)
ISBN : 978-967-13185-0-8

Blurb Seandainya Tuhan Mengizinkan
********************************

Pertemuan semula dengan Zairiel Iqwan membuatkan Nur Syahirah sesak nafas. Bertahun dia menyembunyikan diri tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah keluarganya. 

“Kenapa aku perlu berjumpa dengan dia semula, Hana?” - Nur Syahirah

Bagi Zairiel Iqwan, pertemuan itu merupakan titik permulaan untuk dia memikat hati Nur Syahirah. Sekian lama mencari, memendam rasa rindu dan cinta, tidak mungkin dia akan melepaskan Nur Syahirah pergi sekali lagi. 

“Untuk terakhir kali, saya tegaskan pada awak yang saya takkan lepaskan awak buat kali yang kedua. Saya nak berada di sisi awak, baik susah ataupun senang.” 
– Zairiel Iqwan.

Siapalah Nur Syahirah untuk menolak takdir yang tertulis. Demi janji yang telah dibuat, lamaran yang diberi disambut baik. Perkahwinan yang dibina tidak disenangi oleh Encik Zahrin. Pelbagai usaha dilakukan oleh Encik Zahrin demi memisahkannya dengan Zairiel. 

“Kau ni tak adalah cantik mana pun aku tengok. Aku pun tak tahu kenapa Zairiel tergila-gilakan kau. Kalau nak dibandingkan kau dengan Maisarah, jauh panggang dari api. Bagai langit dengan bumi. Maisarah tu memiliki segala-galanya berbanding kau. Maisarah boleh bagi apa yang aku nak. Tapi kau? Apa yang kau boleh bagi pada aku?” 
- Encik Zahrin

Sarah Imani! Nama itu sering meniti di bibir Nur Syahirah. Siapa Sarah Imani menjadi tanda tanya di hati Zairiel. Dia perlu menyiasat. Dia perlu mencari kebenaran tentang Sarah Imani. 

Tatkala dia mendapat jawapan, kebenaran lain turut sama diketahuinya. Tersentap hatinya sebaik sahaja mengetahui kebenaran tersebut. Rahsia yang sekian lama disembunyikan oleh Nur Syahirah terbongkar juga akhirnya.

Adakah Zairiel dapat menerima kebenaran tersebut? Rahsia apa yang disembunyikan oleh Nur Syahirah? Adakah Nur Syahirah akan melakukan pengorbanan demi kebahagiaan Zairiel dan permintaan Encik Zahrin? Siapa pula Daniel Iman dalam hidup Zairiel Iqwan?

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters