Friday, January 23, 2015

Novel terbitan KN bulan februari 2015




Tajuk: INI JODOH KITA
Penulis: Dzie Tyea
No. ISBN:- 978-967-0448-91-6
Jumlah muka surat:- 560
Terbitan: Kaki Novel

Sinopsis:
Pertemuan kali pertama yang tak berapa nak indah di antara Lukman dan Sarah berakhir dengan perkahwinan atas desakan keluarga kerana salah faham. Mereka telah ditangkap berkhalwat gara-gara Lukman bersembunyi daripada kumpulan samseng di dalam kereta Sarah di sebuah kawasan sunyi lagi sepi dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Kedua-duanya langsung tak ada perasaan antara satu sama lain. Tapi… itulah. Kalau dah jodoh, tetap akan bersatu walaupun hati langsung tak mahu disatukan.

Dengan janji akan bercerai selepas enam minggu berkahwin, Lukman dan Sarah menunaikan desakan keduadua belah pihak keluarga. Sebaik sahaja tempoh yang dijanjikan mencukupi, tanpa pengetahuan sesiapa mereka
telah meleraikan ikatan perkahwinan tersebut. Datuk Razali yang mendapat tahu hal tersebut kemudiannya telah bertindak tegas dengan memaksa Lukman menikahi Sarah semula.

Pada suatu malam, Lukman yang tidak pernah tinggal sebumbung dengan Sarah telah mengunjungi Sarah selepas bertengkar hebat dengan kekasihnya, Jasmine. Entah dirasuk apa, Lukman telah menyentuh isterinya malam itu
hingga membawa kepada kehamilan Sarah. Merasakan dirinya tidak sengaja menyentuh Sarah, Lukman langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya hinggalah Iman Raees selamat dilahirkan. Sarah yang sudah patah hati dengan Lukman mengambil keputusan untuk bercerai. Bagi Sarah, tak ada gunanya dia menjadi isteri Lukman jika lelaki itu langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada Iman Raees.

Lukman yang kecewa dengan keputusan Jasmine yang tidak mahu mengahwininya semakin tertekan apabila Sarah meminta cerai. Apatah lagi dengan kehadiran Waffi, lelaki yang terang-terangan sukakan Sarah membuatkan Lukman rasa tergugat. Lukman yang sudah insaf dan ingin membetulkan keadaan telah berusaha melalui pelbagai cara supaya hati Sarah dapat dimenangi semula.

Berjayakah Lukman mengekalkan perkahwinan mereka selepas begitu banyak kelukaan dia tinggalkan dalam hati Sarah? Sekuat manakah jodoh mereka? Adakah lafaz cerai akan meniti di bibir Lukman sekali lagi buat Sarah?

“Kalau dah nama pun jodoh... ditolak-tolak, ditepis-tepis, dihumban ke laut sekalipun, akan datang semula pada yang berhak.”

Tajuk: CINTA DIA??? TAK NAKLAH!
Penulis: Rina Farizq
No. ISBN:- 978-967-0448-90-9
Jumlah muka surat:- 728
Terbitan: Kaki Novel

Sinopsis:-
“Lelaki macam saya mahukan adrenalin meningkat dan keterujaan bila nak terpesona, mendekati atau mengejar seseorang perempuan. Walaupun fearless seorang perempuan itu, haruslah pandai menjaga maruah dan kehormatan diri. Perempuan yang sopan bila bercakap, tidak mudah melatah dan tidak bertindak membabi buta, adalah perempuan idaman lelaki. Awak tak perlu susah-susah nak fikir atau bayangkan, macam mana orang macam saya ni nak memikat perempuan dan perempuan tu boleh pula tertawan dengan orang macam saya. Obviously perempuan yang pendek akal macam awak, takkan dapat fikir dan bayangkan.”

Itu yang buat Qisya tak berkenan betul dengan Khalif! Tapi, dia peduli apa dengan lelaki itu? Dia tak kisah pun dengan lelaki santai yang bukan menjadi idamannya itu. Dahlah tak berkerjaya hebat, tak berpendidikan tinggi, sinis dan sarkastik pulak tu. Ada hati nak menegur perempuan sepertinya.

Geram sungguh dia dengan Khalif. Dalam pada Khalif memberi nasihat, lelaki itu sempat mengecamnya. Mengkritiknya! Dia benci Khalif! Namun, Khalif ada eagle eyes and killer smile. Sepasang ‘mata helang’ yang tajam dan senyuman yang ‘membunuh’ itu buat dia terpesona.

“Saya tak mahu orang lain memiliki awak. Hati awak. Kiss your lips, be in your arms or be the one you love. Saya tak mahu orang lain ambil tempat saya. I want you. Nan neoreul weonhae. Itu sebabnya, saya buat semua ni. I hope you can understand. Please, love.”

Khalif bijak berbicara. Bicara yang manis! Ayat yang melelahkan jiwa. Apa lagi alasannya untuk menolak lelaki itu? Akhirnya dia bersetuju menjadi isteri lelaki itu.

“Some love one, some love two, I love one… that is you.” Serentak itu, ciuman mendarat di cuping telinga Qisya.

Khalif juga seorang yang spontan bertindak sambil menghamburkan ayat-ayat yang meruntun jiwa. Bersama Khalif… jiwanya bagaikan terbang ke dada langit, menggapai bahagia yang bertaburan. Dia ingin sekali mencintai lelaki bernama Khalif Darius.

“Orang kata, cinta sejati hanya akan terjadi sekali. Tapi, sebenarnya tidak. Every time I see you, I fall in love all over again. Again and again.”

Namun, bahagia tidak hadir begitu saja. Ada cabaran dan dugaan yang datang bersama. Khalif pula sentiasa menjadi penyelamatnya. Khalif akan muncul tanpa dipinta. Khalif ada di sisinya saat dia memerlukan seseorang.

Persoalannya, mampukah Khalif terus menjadi pelindung dan penyelamatnya? Dia bukan saja bermasalah tetapi, kehidupannya penuh dengan drama.
Tanpa diduga, Khalif sendiri punya sejarah. Sejarah yang menerbitkan rasa cinta, sekali gus mengikat mereka berdua untuk terus bersama.

“Hati ini yang memilihnya....” 

Tajuk: PANGGIL AKU CINTA
Penulis: Sue Isma
No. ISBN:- 978-967-0448-92-3
Jumlah muka surat:- 456
Terbitan: Kaki Novel

Sinopsis:-
Kisah rumah tangga Ulfah berbeza dengan perkahwinan orang lain. Faizudin, lelaki yang penuh dengan tipu helah dan licik orangnya merancang untuk menjahanamkan hidup gadis itu. Ulfah diserahkan kepada Afliq selepas sahaja mereka berkahwin.

“Awesome! Kau tak menyesal bagi wife kau pada aku? First night kut. Aku boleh gerenti wife kau tu terbaik, bro.” – Afliq

Afliq yang sekian lama menaruh hati kepada Ulfah telah bertindak menyelamatkan Ulfah dengan melarikan gadis itu. Selepas gadis itu berjaya diselamatkan, Afliq menghulurkan lamaran kasih. Ulfah menolak namun dek kerana desakan Afliq, dia menerima lamaran itu.

“Kalau betul kau nak jadikan aku isteri kau, aku ada syarat.” – Ulfah

Syarat Ulfah itu telah membawa kepada kembara Afliq mencari dirinya.
Perpisahan yang terjadi kiranya memberi Afliq sinar baru dalam hidupnya. Dia akan menuntut janji Ulfah selepas syarat gadis itu tertunai sekembalinya dia ke Malaysia.

Apakah Afliq berjaya memenuhi syarat Ulfah?

“Tuhan menghadirkan dia ke dalam hidupku untuk membawa sinar ke dalam hati yang sekian lama gelap.” 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters