Friday, January 23, 2015

Novel terbitan october bulan januari 2015




SELAFAZ KATA RINDU
Karya: Eqa Darnestra
ISBN: 978-967-0707-29-7

“Saya terlalu sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya tak nak kehilangan awak...”

Mereka bertemu atas takdir yang sama - kehilangan orang yang disayangi.

Setiap cinta itu bermula daripada pertemuan. Tapi mengapa rasa cinta itu pasti bertemu dengan perpisahan?

Dierall cuba melupakan kisah cintanya yang lalu setelah ditinggalkan begitu saja sebelum lafaz ijab dan kabul. Berbeza dengan Nia. Dia merasa ada lelaki bernama Zarul yang wujud dekat dengan hatinya. Namun lelaki itu tidak dapat diingatinya, namun sering muncul dalam fikiran dan mimpinya. Siapakah Zarul? Jika benar lelaki itu kekasihnya dulu, maka di mana dia sekarang?

Dierall banyak memberi semangat kepada Nia sejak gadis itu ‘diberitahu’ bahawa Zarul sudah tidak mencintai dirinya. Bagi Nia, kehadiran Dierall memberi satu harapan baru dan cinta baru.

“Saya dah tak kisah apapun sebabnya! Saya sayangkan awak. Cinta dalam hati saya ni hanya untuk awak. Kita boleh mulakannya dari awal.”

Namun hubungan mereka seolah-olah terhenti di pertengahan jalan sebaik saja Nia mengetahui yang Zarul ‘pergi’ dengan bersebab. Lantas dia tekad untuk melepaskan segala-galanya. Baginya, hanya Zarul yang seharusnya ada dalam hatinya.

Tapi bagaimana pula dengan Dierall yang sudah benar-benar jatuh sayang kepadanya? Mampukah Nia berdegil dan terus menyeksa jiwa lelaki itu?

“Kalau saya bersalah, maafkan saya. Tapi setakat yang saya tahu, hati saya hanya milik seorang gadis. Dia sedang jauh dari saya. Kalau awak jumpa dia, tolong beritahu dia yang saya masih sayangkan dia. Cinta saya pada dia tak pernah berubah.”


ALASAN UNTUK BAHAGIA
Karya: Amer Mukhlis
ISBN: 978-967-0707-30-3

“Natasya, you tak ingin ke kalau suatu hari kita kahwin dan ada anak-anak yang ramai?”
“I tak bersedia kalau kita dirikan rumah tangga sekarang ni, Khaleef. Jujur, I lagi seronok kita macam ni. Tak terikat dengan mana-mana tanggungjawab. Kita masih muda untuk kahwin. Apatah lagi nak ada anak. You kuburkan aje impian tu buat masa ni.”

Setelah penantian dan pencarian yang menemui jalan buntu, akhirnya Khaleef reda apabila dia terpaksa memilih untuk melepaskan kekasihnya itu lalu beralih pada seorang gadis yang tak kurang hebatnya. Namun yang pastinya, tiada sesiapa yang boleh menggantikan Natasya, buah hatinya!

Khaleef fikirkan itu penamat kisah yang sudah lama tiada penghujung hingga mengeruhkan hubungannya dengan keluarga. Ternyata Khaleef silap apabila Natasya hadir pada majlis itu dengan membawa perkhabaran yang mengejutkan. Wanita idaman Khaleef akhirnya muncul. Tapi bagaimana harus diputarkan kembali masa, apabila Khaleef sudah membuat keputusan untuk menerima Mya Elana!

Natasya dan Mya Elana muncul dalam waktu yang sama. Walaupun sudah ditekadkan dalam hatinya, hanya Natasya kecintaannya namun takdir menyebabkan dia harus menjalankan amanah terhadap Mya Elana. Walaupun Mya Elana itu bukan pilihan asalnya, namun gadis itu tetap seseorang yang sudah menjadi hak miliknya! Lantas… yang mana harus didekati dan disayanginya?

Khaleef bingung. Dia tahu semua ini bermula daripada kesalahannya yang memaksa Natasya agar sama-sama berubah ke arah kebaikan. Namun dek ‘cinta baru’ bersama Raymond, Natasya memilih untuk tidak setia. Natasya memilih untuk lari daripada masalah.

Dan kini… setelah hadir penyesalan dan wujudnya rasa ingin memiliki, adakah Khaleef akan mendepakan tangan, memeluk diri Natasya dengan rela? Sedangkan sudah ada rasa yang berbeza apabila menyentuh dan mendekati Mya Elana yang selalu ada di hadapan mata selalu mendengar suaranya di sisi.

“Mya rasa sekarang macam mimpi dalam mimpi aje. Tapi Mya benar-benar bahagia. Cinta yang Mya simpan Mya tak harap pun ia akan berbalas tapi cinta juga yang menyatukan Mya dengan Khaleef. Impian Mya, nak hidup dengan Khaleef. Dan ucapkan kat Khaleef betapa Mya sangat cintakan Khaleef setiap hari.”

KOMPILASI CERPEN PELANGI
Karya: 14 PENULIS
ISBN: 978-967-0707-31-0

BILA HATI MATI
“Aku rasa bersalah sebab hampir buat kau menangis. Lepas tu aku buat keputusan ikut ke mana kau pergi. Sebab aku yakin, kau belum tersasar jauh. Masih boleh diubati.”

CUMA DIA, MR. DIMPLE
“Salah ke? Aku cuma tolong macam-macam tu aje. Bukannya aku buat keputusan minta cerai daripada Umar lepas tu pergi kahwin dengan anak dia.”

DI SEBALIK SENYUM ITU
“Aku dah sedar yang aku tak seorang diri. I’m not alone. Sebab aku ada kau.”

JATUH
“Boleh tak saya nak jadi suami awak yang akan sambut awak kalau awak jatuh?”

KASANOVA TERCINTA
“Saya sepatutnya nikah malam ni. Awak jadi pengganti Eddy, boleh?”

LAKSANA BULAN
“Anakanda mohon ampun ayahanda. Sesungguhnya, anakanda tiada tahu bahawa kamar itu kamar larangan.”

MISI BANTUAN HATI
“Auni tahu kan apa hukumnya melamar tunangan orang? Andainya tidak tertulis jodoh buat kita berdua, abang harap Auni reda dengan ketentuan-Nya.”

MY SWEET ABANG DRIVER
“Minah kata Minah sayangkan Mat.”
“Sayang, tapi Minah bukan perampas. Dia dah ada yang punya.”

NAK SAYANG AWAK!
“Ke... Kenapa tiba-tiba suruh aunty long masuk meminang Min?”
“Kenapa baru sekarang nak tanya? Kenapa selepas sebulan jadi tunang abang baru berani ajukan soalan?”

PABILA SANG PELANGI MENGHILANG
“Abang nak putuskan pertunangan kita. Abang tak bersedia.”
“Dua tahun kita bertunang, dan ini abang punya keputusan, abang tak bersedia?”

SAAT TUHAN MENYAPA KASIH
“Lepas apa yang jadi, saya cuba mencari diri saya yang pernah hilang. Sekarang saya dapat rasai ketenangan tu.”

SECEBIS RASA CINTA
“Maafkan Nai, abang... Nai terpaksa sembunyikan anak kita demi keselamatan abang. Nai cintakan abang sepenuh hati Nai…”

SUAMI SECONDHAND
“Kau tak nak bagi tahu Nur perkara sebenar ke? Tak baik mulakan satu hubungan dengan pembohongan, Jay. Perempuan ni dia tak fikir ringkas macam lelaki. Kalau suatu hari nanti dia tahu, aku takut Nur tak boleh terima.”

TAK SEPERTI DULU
“Abang tak faham kenapa sayang nak minta cerai.”
“Bertaubatlah, abang. Kalau bukan Siha yang nampak, Allah nampak apa yang abang buat.”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters