Sunday, February 15, 2015

Novel terbitan idea kreatif bulan february 2015




WASILAH CINTA WEERA


SINOPSIS:
Sebuah karya yang diterbitkan semula menggunakan bahasa asal
penulisnya, disusun semula mengikut keadaan semasa.
Kisah yang sarat dengan cinta dan kasih sayang. Karya bermutu
yang mengajak kita untuk memahami cinta yang luas dari sudut
berbeza.
Weera dan Sari Ayu, mereka ditemukan kerana takdir yang
mencoret. Kahwin tanpa cinta, hanya kerana rasa belas dan
tanggungjawab sesama manusia. Kata Weera, dia ikut gerak hati.
Kenapa? Itu antara dia dengan Tuhan. Cuma Sari Ayu yang tak
pernah faham.
“Memang aku tak boleh lupakan Firdaus sebab dia tunang aku. So
what?”- Sari Ayu.
“Walaupun antara kita tak ada rasa cinta, tapi kau harus tahu
dan sedar, mengingati lelaki lain saat kau dah bergelar isteri
orang, adalah satu dosa!” -Weera
Weera dan Ray, hubungan rapat mereka disalah erti hanya
kerana jantina mereka sama. Dituduh lelaki gay sehingga Sari
Ayu sendiri percaya.
“Pertama sekali, aku nak tanya, kau tengok aku ni ada ciri gay
ke? Tak cukup macho ke aku dan Weera untuk kau pandang
sebagai lelaki tulen?” - Ray
Fitnah tidak malu-malu menghambur. Namun, Weera tetap teguh
kerana dia percaya, ujian mendatangkan kebahagiaan untuk
sesiapa yang mengertikannya.

MISI MENCARI PENGANTIN LELAKI

Sinopsis :
‘Bila nak kahwin?’
Soalan sebegitu, sering diperdengarkan ke telinga Naurah. Soalan
yang dia sendiri tiada jawapan. Dan masih, dia perlu maniskan
senyuman.
Tahun ini dia nekad, segalanya bakal berakhir tak lama lagi. Dia
mula mencipta misi untuk menjawab soalan-soalan tadi. Misi
mencari pengantin lelaki!
Dan, pilihan jawapan Naurah ada 4:
A) Abang Bidin – Satu-satunya lelaki di pejabat yang masih
bujang. Bukan kerana tak kacak, tapi Abang Bidin punya
tanggungjawab sendiri.
B) Benjamin – Mualaf yang baru memeluk Islam. Dengan rupa
persis Alex Yoong, mampukah dia menjadi satu-satunya wanita
dalam hati Benjamin?
C) Che Faisal – Client yang sangat suka menyakat. Kehadiran
satu nama membuatkan hatinya berbelah bahagi. Siapakah orang
ketiga dalam hubungan mereka?
D) Danny - Bos di tempat kerja yang sudah mempunyai isteri.
Sanggupkan Naurah jadi isteri kedua?
A, B , C dan D, siapakah yang bakal dipilih oleh Naurah? Dalam
menentukan pilihan yang terbaik, dia terlupa rancangan Allah
lebih hebat berbanding segalanya.
Kemunculan calon terakhir yang bernama Z membuatkan misi
Naurah menjadi tunggang terbalik.
“Mina rakastan sinua.”
“Awak maki saya eh? Baik awak cakap dalam bahasa yang saya
faham supaya saya boleh maki awak balik!”
“I love you.” Lelaki itu sengih lebar. “I love you… faham kan?
Sekarang ‘maki’lah balik.”
Sedikitpun dia tak menyangka jawapannya tersasar dari pilihan.
Dan akhirnya, siapakah pengantin lelaki pilihan Naurah?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters