Tuesday, March 17, 2015

Novel terbitan anaasa bulan mac 2015



Cinta 3 Rasa
ISBN : 978-967-12892-8-0
Harga SM 24.00/ SS RM27.00

Blurb
Kehilangan orang tersayang tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka merupakan tamparan hebat dalam hidup Tengku Rayyan. Sejak hari itu, hidupnya berubah. Dia menjadi seorang yang gemar menyendiri dan menyibukkan diri dengan urusan kerja.

Sikapnya ini menimbulkan kebimbangan di hati Ku Ana. Bersama Qisya, Ku Ana menjalankan misi mencari jodoh untuk Tengku Rayyan. Namun semuanya gagal apabila Tengku Rayyan sering mengelak bila diajak berbicara soal jodoh. Cintanya pada arwah Sofea tak mungkin ada galang gantinya.

Satu hari, ketika Tengku Rayyan keluar berjoging, secara tak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis. Maka terjadilah perang kecil antara mereka berdua. Sikap si gadis yang sombong dan berlagak membuatkan Tengku Rayyan tak mahu mengalah dengannya.

“Cik… saya tak nak bertekak dengan awak. Saya dah minta maaf, rasanya itu dah cukup. Kalau awak still tak berpuas hati, saya tak dapat nak buat apa-apa. Daripada saya melayan awak yang ada mental problem ni, baik saya blah. Assalamualaikum….” ~ Tengku Rayyan.

“Tak guna! Dia kata aku ada mental problem! Arghhh… sakitnya hati aku!!!” ~ Amanda Sofea
Amanda, dendamnya pada kaum bernama lelaki tak pernah padam. Padanya semua lelaki itu sama. Tak seorang pun yang boleh dipercayai. Kebenciannya pada kaum yang satu ini semakin membara kala bertembung dengan seorang lelaki yang digelar ‘mangkuk ayun’. Harap muka saja kacak tapi dengan perempuan pun tak nak mengalah.

Tanpa Amanda duga, rupanya lelaki yang sering bergaduh dengannya itu adalah anak kawan baik mummynya, Datin Aminah. Semakin sebal dia apabila mummy bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki itu. Sekerasnya dia menolak. Namun masalah kesihatan Datin Aminah membuatkan Tengku Rayyan dan Amanda bersatu.

Dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelbagai dugaan dihadapi. Sebagai suami Tengku Rayyan tak pernah mengalah. Sedaya upaya dia menawan hati sang isteri. Keikhlasan yang ditunjukkan membuatkan hati Amanda jatuh cinta. Namun dia takut mengakuinya. Apatah lagi peristiwa silam sering membayanginya.

Apa peristiwa silam yang sering mengganggu Amanda? Berjayakah Tengku Rayyan menawan hati sang isteri yang keras seperti ais batu? Adakah rumahtangga ini mampu bertahan setelah peristiwa hitam itu terbongkar? Ikuti perjalanan cinta Tengku Rayyan dan Amanda Sofea dalam Cinta 3 Rasa.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...