Thursday, March 5, 2015

Novel terbitan penulisan2U bulan march 2015



Tajuk: Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!
Penulis: Hannah Ezaty
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-49-5

NADINE TASYRIF… Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba.

Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang.

Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi semakin Nilla garang, semakin dia suka.

“Awak jangan macam-macam. Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya? Kalau tak ada apa-apa urusan, baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni! Awak pilih!” – NILLA.

“Whoaaa... Relaks! Garang sangat ni kenapa? Makan apa? Tebuan?” - ZEIN ASYRAFF.

ZEIN ASYRAFF… Kewujudannya ibarat bayang-bayang. Makin si gadis melarikan diri, makin dikejar oleh si jejaka sehingga si gadis mengambil keputusan untuk berhenti melangkah.

“I serius ni, Nilla. I tak main-main. I betul-betul nak lamar you. Bukan untuk jadi kekasih tapi I nak you jadi suri hidup I, jadi isteri I dan jadi ibu kepada anak-anak I.” - ZEIN ASYRAFF.

“Kalau awak berani dan gentleman, awak jumpa ibu bapa saya!” - NILLA.

Namun, dalam misi mencuri hati si gadis garang, Zein Asyraff tidak sangka Nilla menyembunyikan sesuatu dalam hidupnya. Dan Nilla pula tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan.

Apakah yang akan berlaku? Ke mana Nadine Tasyrif menghilang? Dan siapa Nilla si budak garang yang membuatkan Zein Asyraff bagai nak gila mengejarnya siang dan malam?

Tajuk: Dalam Keterpaksaan...
Penulis: Ieya Sya
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-50-1

Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!

Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.
Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.

“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.

“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.”
“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.

“Pandai pun.” – DANISYA.

Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu!

Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.

Tapi…
Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?
Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?
Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini? 




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters