Monday, November 9, 2015

Novel terbitan kaki novel jun 2015



ISTERI VS TUNANG
No. ISBN:- 978-967-0874-03-6
Jumlah muka surat:- 448

Sinopsis:
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan? 

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.” 


DIA SEMANIS HONEY
No. ISBN:- 978-967-0874-01-2
Jumlah muka surat:- 768

Sinopsis:-

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”


JODOHKU GADIS KAMPUNG
No. ISBN:- 978-967-0874-02-9
Jumlah muka surat:- 616
HARGA SEMENANJUNG: RM21, AHLI KN: RM17
HARGA SABAH SARAWAK: RM24, AHLI KN: RM20

Sinopsis:

Salahkah dilahirkan sebagai seorang perempuan? Ayah kandung yang diharapkan dapat menumpang kasih, sedari awal telah meletakkan dirinya di tempat yang paling hina. Buat baik dianggap salah, tersilap sedikit hinaan dan makian yang diterima.

“Kalau kau hidup asyik nak menyusahkan orang lebih baik kau mati.” – Pak Latep

Biarpun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, Aufa sama sekali tidak menyalahkan takdir Tuhan kerana di sisinya hadir insan-insan yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan hidup seperti ‘anak yatim’ tanpa kerelaannya sendiri.

Kehidupan mereka pada mulanya selesa kerana kakak kandungnya, Afiqah yang menyara mereka sekeluarga. Tetapi apabila kacang sudah lupakan kulit, Aufa terdesak!

Atas desakan itu, telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Majikan yang bermurah hati ingin

membantunya. Dan kerana sebaris nama ini jugalah, Aufa mula kenal erti cinta, Aufa mula rasa apa itu rindu. Malangnya, masih ada sangsi di hati Aufa apabila memikirkan usianya yang masih muda untuk berumah tangga sehinggalah lelaki itu membuktikan kesungguhannya.

“Kalau tak ada apa-apa halangan abang nak hantar rombongan meminang ke rumah Aufa hujung bulan ni. Boleh?” – Hadeef

Baru ingin merasai nikmat bahagia, rumah tangga yang baru dibina musnah begitu sahaja. Harapan yang diletakkan pada si suami hancur bersama deraian air mata. Apa salahnya? Apa dosanya? Kau pergi meninggalkan diri ini terkontang-kanting menanggung hinaan orang sekeliling.

“Aufa, kamu dah mengandung ke belum? Kalau belum selamatlah. Kalau sudah kena cari pak sangguplah jawabnya.”

Di manakah bahagia yang dicari selama ini? Adakah dia dilahirkan hanya sekadar untuk merasa derita?

“Kupegang erat ikatan ini, demi meniti titian syurgawi….”




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters