Monday, November 9, 2015

Novel terbitan kaki novel ogos 2015



SIAPA KATA TAK SUDI
No. ISBN:- 978-967-0874-08-1
Jumlah muka surat:- 416

Sinopsis:-

Disebabkan sebuah ‘kemalangan’ kecil, Airil dan Airina sering bergaduh. Setiap kali berjumpa memang tidak sah kalau mereka tidak bertelagah sehingga seremeh-remeh hal dibangkitkan menjadi isu. Pergaduhan mereka membawa kepada suatu perasaan yang Airina sendiri tidak dapat memahaminya.

“Woi!” jerkah satu suara. Airina menoleh. Dilihatnya seorang lelaki yang berpakaian sukan menghampirinya.

“Kau buat apa dengan kereta aku hah?” tanya lelaki itu dengan wajah yang bengis. La… lelaki rupanya! Apesal auw semacam aje kereta ni? Merah jambu! Airina ketawa dalam hati.

“Kau ke tuan kereta ni?” Airina bertanya penuh ego.

“Of course!” marah lelaki itu. “See! The rim is dented.” Lelaki itu beriak cemas. Pantas dia bertinggung, membelek rim tayar keretanya. Padahal, tidak ada apa pun yang kemik. ‘Propa’ aje lebih!

Airina melopong. Setakat kena tendang dengan kakinya yang ‘keding’ ni, rim tayar tu boleh kemik ke? Macamlah rim tayar kereta dia ni diperbuat daripada polistirena!

“Hei! Tak kemiknya pun rim tu kalau sampai tahun depan aku tendang. Aku nak kau bayar ganti rugi baju aku yang dah busuk disebabkan lecah yang kau langgar dekat Wangsa Maju semalam!” Airina betul-betul marah. Bukanlah duit yang dia mahukan. Cukuplah sekadar kata maaf yang terbit daripada mulut lelaki itu.

“Bila masa pulak lecah tu kena kau? Kau jangan cakap pada aku, kau perempuan yang pakai baju warna merah ala-ala bullfighter tu?” duga lelaki itu. Sengaja mahu menyakiti hati Airina.

Badli yang datang menagih cinta membuatkan dia berada di persimpangan jalan memandangkan hati sudah mula suka pada Airil. Tetapi jika difikirkan semula, Airina lebih rela memilih Badli yang sedia menerima seadanya dia berbanding Airil yang tidak tahu menghargai dan selalu berkelahi dengannya. Tak gentleman langsung!

Kehadiran Catherine mengundang perasaan cemburu dalam diri Airina. Melalui perasaan itu, barulah dia yakin bahawa dia sudah jatuh cinta pada Airil. Dia susah hati.

Terkilan kerana dia suka dengan perasaan baru itu, tetapi terpaksa dibuang jauh perasaan itu setelah melihat kemesraan Catherine dan Airil.

Jambangan mawar yang berlainan warna setiap kali ia terima membuatkan Airina teruja. Dalam masa yang sama dia tetap susah hati kerana takut sekiranya si pengirim mawar itu kurang siuman, jahat atau sebagainya.

Siapakah sebenarnya pengirim mawar itu? Adakah Radzi, pengetua gatal itu? Ataupun mungkin Badli? Nak kata Airil, macam tak aje! Airina bingung bercampur resah! Dia buntu!

“Dua hati umpama dua subjek yang berbeza. Seorang ucapkan “I love you” dan seorang lagi mengungkapkan, “saya cintakan awak.” Maksud yang sama bukan?”


MIMPIKAN AKU, PLEASE!
No. ISBN:- 978-967-0874-07-4
Jumlah muka surat:- 640

Sinopsis:

Laila Elise Katrina berdendam dengan bapanya kerana menyebabkan dia tidak berkesempatan bertemu ibunya buat kali yang terakhir. Kejayaannya langsung tidak bermakna pada dirinya. Daddy kejam!

Hati yang terluka semakin parah apabila bapanya mempertaruhkan masa hadapannya dengan Zarith, demi kepentingan syarikat. Elise tidak sanggup hidup bersama Zarith, playboy tersohor di KL lalu lelaki itu ditinggalkan pada hari pernikahan mereka.

Zarith tegar memburu Elise kerana telah memalukan keluarga, lebih-lebih lagi dirinya yang tidak pernah ditolak oleh mana-mana perempuan.

Demi Great Pan’s, Akbar Adil Haikasy sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya. Dia rela hidup sehelai sepinggang daripada menerajui empayar perniagaan ayahnya, Tan Sri Imran.

Pertemuan Elise yang petah berkata-kata dan Akbar yang perengus di hadapan pintu Great Pan’s membuka lembaran baru dalam hidup mereka.

“Awak ni datang bulan ya?” sindir Elise.

Akbar berang. “Lebih baik kau blah, jangan kacau aku!”

“Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,” beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.

Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, “bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.”

Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia ‘ter’renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan….

“Nampak tak apa yang aku cakap tadi?”

“Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teeth. Here.” Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.

Penyatuan mereka dalam keadaan yang tidak terduga. Namun, Elise tetap bersyukur kerana dijodohkan dengan Akbar.

Kehadiran Zarith mengganggu ketenteraman hidup mereka hingga menyebabkan Elise membawa diri ke tanah tempat tumpah darah arwah ibunya. Akbar ditinggalkan dengan harapan dia bisa menemui dirinya yang dahulu, iaitu Elise yang mencintai Akbar.

Akbar reda dalam derita ditinggalkan Elise. Kehilangan. Kita takkan pernah tahu erti kehilangan sehinggalah kita merasakannya.

Tegakah Elise terus membiarkan dirinya hanyut dalam pencarian dirinya yang tidak berkesudahan itu? Sampai bila pula Akbar sabar menunggu?

“Ibarat dua hati yang sudah ditakdirkan bersatu, maka akan bertemu jua walaupun terpisah ke hujung dunia.”




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters