Thursday, October 24, 2013

NOVEL TERBITAN FAJAR PAKEER NOVEMBER 2013


Tajuk: SILA SUKA SAYA
Penulis: Umaira Dzul Widad
Terbitan: Fajar Pakeer

Sinopsis:
Hana Qarmila tidak menduga cinta pertama tidak semanis gula. Pahitnya apabila yang di dalam gengaman itu sebenarnya bukan milik dia. Ditolak dan tertolak sangat menyakitkan. Rasa terhina dan malu tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Dirinya hanya diperlukan sebagai seorang ibu, tidak sebagai kekasih, jauh sekali isteri kepada lelaki itu. 
Syed adwa ada seribu satu alasan menolak Hana Qarmila tetapi dia tetap keliru dengan perasaan sendiri. Terperangkap antara kasih saudara dan cinta yang bertunas kala hati tertutup selepas kematian isteri tercinta. Dia fikir dia perlukan Hana Qarmila hanya sebagai pengganti arwah Manisah di sisi anak tunggalnya, Syed Iman. Tidak yakin kasih dan cinta yang bertunas dalam hati tidak perlu minta izin kepada si pemilik hati. Itu hukum cinta yang dia belum mengerti. 

Aideen si budak KL yang patah hati kerana ditinggalkan bakal isteri muncul kala hati Hana Qarmila tidak lagi punya ruang untuk diisi. Aideen yang tak pernah Hana Qarmila berkenan itu telah menyumbang satu kisah yang terus melekat dalam ingatan Hana Qarmila. Hana Qarmila memusuhi Aideen dan bencikan lelaki itu sungguh-sungguh. Namun Aideen memburu cintanya tanpa peduli Hana Qarmila meletak nilai yang mahal sekali. Nak hati gree A++ saja! 
“Hana yakin ke yang Hana tak akan terpikat dengan saya ni? Saya dengar Hana suka tengok cerita Jepun. Muka saya ni tak ada iras hero Jepun yang boleh memikat hati Hana ke?”
“Cerita Jepun yang saya suka tu cerita kartun Doraemon. Hah, yalah tu muka awak ada iras muka Doraemon.”
Tidak pernah diduga hidup yang pada awalnya indah laksana warna pelangi itu jadi kelam tiba-tiba. Sejarah silam dan rahsia yang terbongkar membuat Hana Qarmila rasa dia tak punya apa-apa untuk layak menjadi rebutan dua lelaki. Kala perasaan sudah tak punya rasa, Syed Adwa muncul kembali menuntut cinta yang hanya tinggal sisa di hati. Sedangkan bersama Aideen Hana Qarmila rasa hatinya terisi. Antara Syed Adwa dan Aideen, Hana Qarmila jadi keliru. Siapa lebih suka dia dan siapa yang dia suka sebenarnya?



Tajuk: SIRIUS HATI
Penulis: Shadia Hisham
Terbitan: Fajar Pakeer

Sinopsis:
“Tak ada sesiapa yang boleh memisahkan kita kecuali maut.”

Biarpun Ezad sentiasa mencabar tahap kesetiaan Dinie, Dinie tetap teguh dengan rasa hatinya. Cintanya hanya untuk Ezad. Kasihnya hanya akan dicurahkan kepada Ezad. Biar orang mengatanya bodoh sekalipun, dia sanggup. Tapi untuk berpaling daripada Ezad, itu tidak mungkin.

Ezad. Hidupnya agak sosial. Berdamping dengan gadis-gadis yang mengejarnya, itu perkara biasa. Dia melayan. Dia sering memberi harapan tanpa sedar. Namun cintanya hanya untuk Dinie. Hanya Dinie di hatinya.

Saat hubungan mekar mewangi dengan rasa percaya yang ada dalam hati, badai datang melanda. Alina muncul dengan usaha yang tidak pernah padam. 

“Terima kasih kerana sudi mengucapkan tahniah sempena pertunangan I dengan Ezad tak lama lagi. Ezad pun sudah sedar yang dia tidak akan mendapat cinta yang lebih besar selain daripada cinta I. Jadi, I nak ingatkan you supaya jangan lagi mendekati Ezad. Go ahead with your Encik Harrith. Bye.”

Belum selesai dengan Alina, timbul pula berita Harrith dijadikan calon bakal suami buat Dinie. Dinie tidak mahu. Harrith itu sudah dianggap abang. Mana mungkin adik berkahwin dengan abang. Dinie bingung.

Akan bersatukah cinta Dinie dan Ezad? Usaha apa yang dijalankan Alina? Adakah Dinie akan sah menjadi milik Harrith? Mampukah rasa sayang yang ada dalam hati, bersinar seperti sirius yang sentiasa bergemerlapan?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters