Thursday, October 10, 2013

TERBITAN BUKU PRIMA OKTOBER 2013


Tajuk: Ingat-Ingat Lupa
Penulis: Zulfati Hanis
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:

NURUL Amira terpaksa bertatih untuk memulakan hidup baru akibat tragedi yang meragut semua yang dia miliki. Bancuhan air kopi yang umph telah menemukan Nurul Amira dengan Hasnan, bos yang kacak dan baik hati. Hati Hasnan yang terluka dengan kecurangan tunangnya mulai terubat dengan keperibadian Nurul Amira. Hasnan berusaha untuk memenangi hati Nurul Amira. Berjayakah dia?

Namun sebaliknya bagi Eziwan, kemunculan Nurul Amira telah membangkitkan kenangannya terhadap Khyrulhydza a.k.a Ekhi. Bayangan Ekhi sering menghantuinya setiap kali dia memandang Nurul Amira. Di mana Ekhi sebenarnya? Benarkah Eziwan sudah jatuh cinta pada Nurul Amira? Atau sebenarnya itu hanyalah mainan perasaannya yang terlalu merindui Ekhi? Bukan mudah untuk Nurul Amira bertatih. Dugaan yang datang bertali arus hampir melemaskan dirinya. Melemahkan keimanan dan keyakinannya. Mampukah Nurul Amira meng- harunginya? Berjayakah Eziwan merungkai teka-teki di hatinya? Kecewakah Hasnan jika cintanya tidak bersahut?

“Memang banyak restoran. Tapi kat sini aje ada air kopi umph kegemaran I. Please...I dah gian ni.” – Hasnan

“Ekhi boleh cakap Ez gila ke apa ke. Tapi tolong dengar apa yang Ez nak cakap ni. Di sebalik nama ‘EKHI’, tahu-kah awak, dah tertulis awak untuk saya. ‘E’ mewakili nama Eziwan dan ‘KHI’ mewakili nama Khyrulhydza.” – Eziwan

“Restoran lain kan banyak lagi. Kenapa mesti setiap hari datang sini? Dekat sebulan pulak tu Encik Hasnan bertandang kat sini.” – Khyrulhydza



Tajuk: Dendam Ratu Ular
Penulis: Annur Shanana
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:

KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup.

Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.

“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA

“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” - RAJA GANERIN

“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM



Tajuk: Sebenarnya Dia Milik Aku
Penulis: Fatinilam Sari
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Setelah kematian suami, Nur Laila meninggalkan kampung dan anaknya yang masih bayi dengan emak mentuanya. Kehidupan Nur Laila berubah selepas bergelar pelakon terkenal dengan menggunakan nama Laura Jane. Hawa Fatihah turut meminati pelakon itu tanpa mengetahui wanita itu adalah ibu kandungnya. Bayang-bayang Khairil juga sering mengganggu kehidupan pelakon terkenal itu lantaran ugutan yang diterima.

Kemalangan yang menimpa Hawa Fatihah telah mengakibatkan wajah gadis itu tidak secantik dahulu. Kecacatan pada wajahnya juga menyebabkan Sufian telah beralih pada cinta lain dengan mengahwini seorang wanita Inggeris. Takdir telah menemukan semula Hawa Fatihah dengan Laura Jane setelah sekian lama terpisah. Hawa Fatihah menjalani pembedahan wajah di luar negara dengan kos rawatan ditanggung oleh Laura Jane. Adakah pembedahan wajah itu menjadikan Hawa Fatihah lebih cantik? Kenapa Sufian kembali menagih cinta daripada gadis itu? Bagaimana pula dengan Azim yang sanggup berkorban demi cintanya kepada Hawa Fatihah?

“Maaf? Cukup ke hanya maaf Hawa? Abang Pian merentas lautan dan benua untuk balik jumpa Hawa. Nak tengok keadaan Hawa. Ingin berkongsi penderitaan Hawa. Mengapa Hawa buat Abang Pian macam ni?” – Sufian

“Kalau jadi pada kau macam mana? Sanggup pergi tengok ex-boyfriend kau menikah?”- Hawa Fatihah

Masanya sudah tiba. Aku akan buka topeng yang menutup wajah kau yang jelita. Peminat dan masyarakat akan tahu siapa sebenarnya LAURA JANE – Khairil




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters