Tuesday, December 10, 2013

Ibu Bapa


Dah lama nak tulis entry tapi tak ada peluang (walaupun sekarang musim cuti). Saya tak berapa ingat hari apa tapi saya ada terjumpa satu status di fb yang sangat menarik perhatian saya. Nak sharing jua untuk kamu-kamu diluar sana. jommm... 

pernah satu masa, ada yg menegur saya kerana terlalu tegas dengan anak2. Seakan saya mahu mengongkong hidup mereka. 

Ini jawapan saya mengapa saya begitu,

Saya mengaku, saya mmg tegas + garang dgn anak2 perempuan saya. tapi, teguran, ketegasan, kegarangan saya bertempat dan melihat pd keadaan. saya takkan melenting membuta tuli tanpa sebab. sbgi seorang ibu, sudah tentu saya tidak mahu walau segaris lukapun hinggap pada tubuh anak saya, tidak sanggup melihat titisan airmatanya. 

Memang saya akui anak2 saya tidak pernah lepas bebas keluar sendirian. TIDAK PERNAH walaupun dengan rakan sebayanya. Dia tidak dibenarkan berpeleseren dimana2 sekalipun. Saya dan suami tidak pernah membenarkan dia keluar tanpa kami berdua. itu peraturan yang tidak akan ada kompromi langsung. melanggar larangan ini, bermakna ada hukuman yg menanti! tidak akan ada alasan utk didengar. dan alhamdulillah, sehingga sekarang dia masih lagi mendengar kata.

mereka tidak pernah buat salah? mereka tidak pernah kena pukul?
Kami juga seperti ibubapa lain. yang sentiasa ada salah silapnya. Mereka juga tidak terlepas dari berbuat salah. Mereka juga tidak terlepas dari menerima hukuman atas kesalahan yg dilakukan. Pada saya itu lumrah. Setiap kesalahan dan hukuman yg mereka terima itu adalah pengajaran buat mereka. Itu yang saya terapkan dalam didikan saya.

Menjadi seorang ibu pada seorang remaja, mmg mencabar. apatah lagi semuda usia saya. tapi, alhamdulillah, ada masa kami bagaikan rakan baik yg boleh bercakap apa saja secara terbuka. Itu yg saya mahukan. Anak saya tak pernah meletakkan saya ketepi untuk meminta pendapat. 

Utk para ibubapa diluar sana. seandainya anda berdepan dgn keadaan juga komen2 seperti yang saya terima, biarkan saja. Anda lebih tahu tentang keluarga anda. Seandainya anda merasakan apa yg anda buat ini utk melindungi keluarga anda, teruskanlah. lihatlah sekarang. Rasanya baik mengurung anak dirumah dari menerima berita yg sangat bakal merubah kehidupan anda sekeluarga. 

Utk anak2 sekiranya kalian membaca status ini, berfikirlah secara baik. mengapa ibubapa anda melarang anda begini. mesti bersebab. kerana mereka terlalu menyayangi anda. mereka memandang kehidupan ini secara realiti sedangkan kalian kerap terlalai dengan keseronokan. Hidup ini indah cuma ada sisi lain yg gelap. walaupun sedikit kegelapan, ianya bisa melenyapkan hidup anda sekelip mata. Pandang mata ibubapa anda & selamilah isi hatinya. Tidak ada ibubapa didunia ini tidak menyayangi zuriat yang dibelai sedari kecil lagi. 

Sekian...
Salam sayang,
*shahzy Hana*

Di status ni buat saya sedar kenapa ibu-bapa saya selalu tidak membenarkan saya keluar dari rumah dan saya terasa mereka mengongkong hidup saya. Sentiasa garang dan strict.( strict dalam pelajaran). Saya rasa mereka ni anggap diri mereka betul dan kami sebagai anak semuanya salah. patut tah orang cakap ibu-bapa lebih dulu makan asam garam hidup ni :) 


Ada satu ketika cikgu saya suruh tulis perkara yang tidak berdisplin yang pernah kami buat. Saya tulis, ' pernah 2 kali meninggikan suara kepada ibu-bapa.' Saya tak berapa ingat hari apa atau bulan berapa saya kesal dan insaf (perkara ni lama sudah berlaku) apabila dengar nasihat dan teguran daripada satu cikgu ni. Salah satunya... sekirannya nak berubah tak perlu berubah dalam masa sehari. Step by step aje . Mengenai hormati ibu-bapa dan sebagainya. Dalam ketegasan cikgu ni tercelit jua teguran dan nasihat. :) 

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters