Thursday, December 5, 2013

Novel terbitan Penulisan2u JANUARI 2014



Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.

Tajuk: Tiba-tiba, Dia Ada
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Penulisan2u

Sinopsis:
Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi. 
“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri. 

“Such a sweet talker...” - Arya
“Told ya... I was born with it...” – Ayie 

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya
“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie
Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. Adakah mereka berjaya menghadapinya?


CINTA GANTUNG - Ilmar Ilmia

Orang kata, cinta itu membahagiakan. Tapi bagi AFIA, cinta itu menyusahkan. Setiap hari asyik bergayut di telefon dan keluar berjanji temu hingga tiada masa untuk diri sendiri.

Tapi selepas dia mengenali ASYRAF, dia pun dua kali lima saja! Dia asalnya seorang yang 

kedekut kredit, jadi ketagih membalas pesanan ringkas siang dan malam. 

Baginya, walaupun Asyraf hanyalah lulusan SPM, tetapi baginya, pelukis komik 

sambilan itu kadangkala menjadi pembahas yang cukup baik! Yang seronoknya, bila merajuk 

saja, dapat hadiah. Ini yang buat dia rasa nak merajuk selalu.

“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak belikan bear ni untuk saya.”

“Saya nak yang besar, bukan yang kecik macam ni.”

“Kalau saya ada duit yang banyak, bukan setakat anak patung beruang, beruang yang betul pun 

saya sanggup beli.”

Bagi Asyraf pula, dia tidak tahu apa yang Afia inginkan. Tidak dibelikan anak patung 

beruang, dia merajuk. Lambat balas mesej pun, dia merajuk juga. Jadi bagaimana? 

Akhirnya, tiba-tiba sahaja Asyraf mendiamkan diri. Sudahlah tidak bergayut seperti 

pasangan lain, punyalah banyak pesanan ringkas yang dihantar tapi Asyraf cuma balas dengan 

ucapan selamat malam kemudian berdiam diri. 

“Ooo… Kata sibuk, banyak kerjalah, itulah, inilah. Tapi main Facebook, ada pula masa.” 

“Maaflah, saya ada hal tadi.”

“Saya tak nak tahu!”

Adakah perubahan sikap Asyraf ada kaitan dengan cinta lamanya, Marlina yang kembali 

menagih kasih Asyraf? Bagaimanakah pula dengan Syukri, yang masih mengharap kepada Afia?

Tapi... bukankah kalau tak bergaduh, bukan cinta namanya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters