Saturday, December 7, 2013

Resepi SNOW CHEESE CAKE


Bahan-bahan
Untuk Kek
6 keping slice cheese 
250ml susu segar 
100g butter
100g gula halus
110g tepung superfine - ayak
6 biji telur
1sk esen vanila

Untuk Topping
250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
1/2 tin susu pekat
1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara :

Untuk Kek
-Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
-Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
-Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
-Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi. Kacau menggunakan whisk.
-Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
-Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
-Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
-Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath
-Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
-Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.

Untuk Topping :
-Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan

selamat mencuba

p/s: sharing is caring :)



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Kamila Husna said...

Nak copy :) Thanks..

Chien si puteri said...

bukan copy, sharing aje.. walau apa pun tq untuk peringatannya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...