Monday, December 2, 2013

Resepi SPAGETI BOLOGNESE (versi mudah)


1 paket spageti
1 s/besar minyak
2 s/kecil garam
Air secukupnya
Parutan keju cheddar (jika suka)

Bahan Kuah:
3 s/besar minyak
1 labu bawang besar (putih), dikiub kecil
5 ulas bawang putih, ditumbuk
400 gm daging kisar
1 botol sos spageti Adabi
2 s/besar puri tomato
1 kiub stok daging
Air secukupnya
1 s/besar oregano kering
1 tin cendawan, dipotong nipis
Garam, serbuk lada hitam, gula secukupnya

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga keemasan.
2. Masukkan bawang putih, kacau 2 minit.
3. Bubuh daging dan kacau hingga berubah warna.
4. Tambah semua bahan lain. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Renihkan hingga pekat.
5. Untuk spageti: Jerang air hingga mendidih. Masukkan minyak, garam dan spageti. Rebus hingga lembut. Pastikan airnya banyak.
6. Hidangkan spageti dengan kuah dan keju.

sharing is caring :) 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...