Saturday, January 18, 2014

MUTIARA KATA UNTUK MU



1) Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

2) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ianya akan pecah.

3) Jangan takut pada perubahan. Mungkin kita akan kehilangan sesuatu yang baik dengan perubahan itu. Namun di akhirnya, kita akan mendapat sesuatu yang lebih sempurna.

4) Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan kerana kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik! 

5) Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu,jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi sesuatu yang sudah berlalu..Marilah kita hidup harini tanpa kesedihan,keresahan,kemarahan,penyesalan,kedengkian dan kebencian!!!



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters