Monday, January 20, 2014

Novel terbitan Karystos Creative februari 2014



Sinopsis ringkas: 

Waktu cinta hadir, pintu hati Anis Azalea terkunci rapat. Biarpun Rahman 
bersungguh-sungguh mencintai dia, namun sedikit pun tidak ada getar di hatinya. Apabila ikatan pertunangan mereka putus, dia sangka hidupnya akan lebih ceria tetapi kepedihan juga yang tiba. Dia dihina, difitnah dan dicemuh. Hampir-hampir sahaja semangatnya runtuh.

Tanpa diduga, Haris Azfar muncul di dalam hidup Anis Azalea. Tatkala pemuda itu menghulurkan salam perkenalan, dia ragu-ragu untuk menerimanya. Dia bimbang jika tersalah tafsir tentang perasaan yang wujud di dalam hati. Dia juga takut andai kemesraan yang berterusan akan mengikat dirinya sehingga dia tidak mampu hidup berdikari. Maka dibiarkan Haris Azfar berlalu pergi tanpa sebarang jawapan.

Waktu menemukan kembali Anis Azalea dengan Rahman. Ternyata cinta lelaki itu tidak pernah padam. Ikatan yang terputus mahu dijalinkan semula, biarpun sebagai isteri kedua. Tidak dapat cara baik, diusahakannya pula dengan tipu daya. Mampukah Rahman mendapatkan Anis Azalea? Bagaimana pula dengan Haris Azfar?

Temui jawapannya dalam novel CINTA AZALEA. ~

Blurb

Rumahtangga yang Aden bina bersama Tasya hancur berkecai akibat kecurangan Tasya yang ada hubungan sulit dengan Jamal.  Adenjuga cuai dalam tugasnya sebagai seorang suami.  Hidup Aden di tengah kota raya bersama Raini bekas isteri kawannya Zahari yang merengkok dalam penjara membuat Aden menjadi semakin rakus dengan nafsunya. 

Cinta pertamanya yang gagal dibina semula dengan Safia juga menemui kehancuran kerana Safia dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki lain.  Aden mencari hidup bebas.  Akhirnya dia membuka sebuah syarikat yang dimodali oleh Tuan Kamil dan Datin Zainun dimana kedua insan ini yang tidak pernah kenal penat dalam mengejar kejayaan dan disulam dengan nafsu serakah. 

Aden terus berlari mencari cintanya sewaktu dia hadir di JB.  Juraidah mengisi kekosongan hidupnya.  Dia berjanji akan berubah menjadi insan yang baik tetapi gagal lagi dalam mendirikan mahligai cintanya.  Aden sedar bila dia kesepian.  Dia kembali bertaubat dan mahu mengambil Datin Zainun yang telah berpisah dengan suaminya, Datuk Bakarin seorang ahli perniagaan yang kukuh kedudukannya.

Tuan Kamil yang berpura-pura hidupnya menjangkau kuasanya dari satu tempat ke satu tempat.  Dalam penggantungan harapannya pada Datin Zainun, dia juga tidak pasti akan berjaya atau tidak.

Kisah ini memaparkan betapa sukarnya hendak memiliki sebuah kasih sayang yang benar-benar bererti dan betapa susahnya manusia hendak mencapai tahap keimanan yang sejati.  Kerana nafsu dan kuasa manusia sanggup menjahanamkan hidup orang lain dan juga merosakan diri sendiri. 

KAMI CUBA bawakan kelainan dalam setiap keluaran. NOvel JANUARI ini untuk yang mencari sesuatu yang "Dewasa" tetapi bukan lah berat. CUMA novelnya mengandungi dengan nasihat dan peringatan. 

Februari lebih santai In shaa Allah. Pembuka TAHUN NI ape kata baca sesuatu yang mengimbau kenangan lalu tentang PAYAHnya hidup di kota metropolitan dan MENGEJAR cinta yang tak kesampaian.. ATAU PERITnya BILA JODOH kita ingin di tentukan.. DENGAN pulak org yang kita tak sudi.. MUDAHKAH untuk MENCINTAI??
nak tahu cerita ni dalam novel yang mana?? Dapatkan dua-dua lah senang.. 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters