Tuesday, January 28, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan Mac 2014



Tajuk: Potret Dua Wajah
Penulis: Haiza Najwa
Terbitan: Alaf 21
Halaman: ~528

Sinopsis
Aisyah merupakan pelajar baru di sekolah itu menemui lukisan dalam galeri sekolah. Sejak itu, dia berminat untuk mencari siapa pelukis sebenar. Malangnya, Iman dan rakan-rakanya menutup mulut dan enggan bercerita mengenai Dania. Bagi mereka, itu adalah peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Suatu malam, Aisyah diganggu bayangan misteri dikatakan roh Dania yang tidak tenteram. Dania mempunyai pakej yang lengkap. Cantik, bijak dan popular. Tetapi dia membunuh diri kerana mengetahui dirinya mengandung anak luar nikah. Namun, Cikgu Masriezal yakin Dania sebenarnya dibunuh! Misteri ini terungkai satu per satu. Tanpa disangka, orang yang di anggap baik, rupa-rupanya bertopengkan syaitan

Tajuk: Sunan
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Halaman: ~528

Sinopsis
DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

Tajuk: Kasih Usah Terlerai
Penulis: Emy Raziela
Halaman: ~528

Sinopsis:
ZARA HUMAIRA, gadis sederhana yang dibesarkan di banglo mewah milik kerabat diraja. Namun, kelebihan ini bukan satu kebahagiaan bagi dirinya. Sebaliknya, dia hidup menderita kerana ketamakan manusia yang berdarjat, tetapi tidak bermaruah. Kerana harta, dia memperjudikan hidupnya sebagai isteri dengan lelaki yang telah bersumpah tidak sezarah pun akan mencintai dan mengasihinya. Hati Tengku Fariz penuh dengan kebencian! Zara tidak layak untuk terus berdamping dengannya. Tetapi kerana harta, dia tegar melihat Zara terus dilambung derita. Dia mahu kebahagiaan itu lenyap daripada hidup Zara. Kesilapan Tengku Fariz telah melenyapkan kebahagiaan Zara Humaira. Dan kebahagiaan ini harus ditebus dengan harga diri yang tidak ternilai.

Tajuk: Jatuh Hati di Paris
Penulis: Zura Rahman
Halaman: ~560

Sinopsis
Nadia dan rakan-rakan sekuliahnya dari London ingin melancong buat pertama kali di beberapa negara di benua Eropah. Dari London mereka merancang perjalanan ke Paris dan kemudian ke destinasi seterusnya sebelum pulang semula ke London. Sewaktu sedang menunggu kereta api laju, Eurostar mereka terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki dari Malaysia yang juga sedang dalam perjalanan ke Paris. Mereka berkenalan. Pertemuan yang tidak diduga membuahkan bunga cinta antara Arief dan Nadia yang waktu itu sedang belajar di dua benua berbeza. Nadia di England manakala Arief di Amerika Syarikat. Namun kehadiran Jamil membuatkan Nadia keliru. Lelaki yang penyayang itu turut mengusik perasaannya.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters