KOMPILASI DUA MINI NOVEL DALAM SATU NASKAH
1. BODYGUARD FROM TAIPING - HAYATI AHMAD
2. PLASTER CINTA UNTUK BOS - AULIA IMAN.
Tajuk: Bodyguard From Taiping & Plaster Cinta Untuk Bos
Penulis: Hayati Ahmad ft Aulia Iman
ISBN: 978-967-12084-8-9
Sinopsis:
Plaster Cinta Untuk Bos ~ Aulia Iman
Apabila menyebut soal cinta, Umran Hannah adalah orang yang terlalu bernasib malang hingga terpaksa menolak cinta di dalam hidup. Namun, kerana ingin hidup kembali berjiwa, saranan nenek yang tersayang diturutkan. Fiona Amani yang selekeh, tidak bergaya dan agak naif itu dipilih menjadi teman hidup seorang lelaki pembersih dan cerewet. Daripada insan yang biasa-biasa, Fiona diubah menjadi luar biasa! Kecantikan dan keanggunannya, kembali meletakkan wanita itu di tempat teratas. Ketika cinta mula meresap, hidup juga seakan berjiwa, isteri yang mula dicintai kian beralih arah. Kemilau kemewahan menjadi pilihan, dan dirinya yang tidak berupaya memberi kesenangan ditinggal pergi. Meniti hari-hari yang sepi, Umran masih setia menanti. Menanti insan yang belum pasti hadir dan mengakui darjatnya sebagai seorang suami.
CAPTION: Hati ku luka.. Mana Plasternya?
Sinopsis
Bodyguard From Taiping ~ Hayati Ahmad
Dia lari dari rumah setelah dinikahkan secara paksa dengan lelaki bergelar Haji yang langsung tidak pernah dikenalinya. 10 hari yang mendebarkan... 10 hari mengenal dunia... 10 hari mencari cinta, dia menjadi Bodyguard kepada lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Bagaimanakan Syarifah Aulia Rukiah melalui rencam hidup bersama ‘Bos’nya?
“Saya cari kerja ni.” Terus terang sahaja aku bercakap, malas hendak berbasa basi lagi. Aku harus keluar dari rumah ini atau aku bakal dilanda musibah yang lebih besar, aku takut ‘tersuka’ kepada Akim. Sudahlah kacak, kaya pula tu malah paling hebat dia seorang yang tenang dan penuh karisma.
“Rock nak cari kerja apa?”
“Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.”
“Cuba spesifik sikit.”
“Bagi cheq jadi jaga pun ok dah.”
“Boleh bawak kereta?” Aku angguk kepala.
“Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi.
“Boleh menembak?” Aku angguk lagi sebab memang betul aku pandai menembak. Di sekolah dulu aku pasukan kadet polis, memang aku ada mengikuti latihan menembak. Akim tersenyum dan senyuman dia pun bagaikan peluru sesat yang boleh menembusi hati ku kalau tidak di pasang perisai secukup-cukupnya.
“Jadi bodyguard saya boleh?”
“Apa bodyguard?!” Akim menganggukkan kepala.
Diingatkan ini ADALAH NASKAH LIMITED EDITION ... Diulang semula, LIMITED EDITION yang tiada dijual di PASARAN. :) Nantikan kemunculannya
SEDIKIT SEDUTAN ADA CINTA DALAM HADIRMU..
IMAN Farish memandang kedua pasangan tersebut
yang kelihatan sangat mesra dan juga intim. Si lelaki
mengusap manja belakang wanita tersebut manakala
si wanita pula mengedik bagaikan ulat bulu. Langsung
tidak sedar akan sepasang mata yang galak memerhati.
Lagaknya bagai suami isteri namun hakikatnya Tuhan
sahajalah yang tahu maksiat yang mereka cipta.
Bunyi muzik bingit memecah halwa telinga Farish.
Bermacam kerenah manusia memualkan tekak. Menari,
minum arak, zina, semuanya lengkap satu tempat. Jika
bukan kerana Alina tidak ingin dia masuk ke tempat
seperti ini. Misi Farish hanya satu, iaitu ingin menyiasat
dan juga melihat sendiri kecurangan serta keaiban teman
wanitanya.
Cinta pertama bersama Alina membuatkan dunia
Farish berseri. Indahnya pertama kali merasakan nikmat
bercinta. Dua tahun bersama Alina, dia rasakan sangat
bahagia. Farish amat bertuah mempunyai teman wanita
yang cantik dan bergaya. Sehinggakan dia merasakan
bahawa Alina adalah jodoh yang telah pun dikurniakan
untuknya. Biarpun Alina sedikit tua, faktor usia bukan
penghalang.
Perkhabaran yang mengatakan Alina curang selalu
mengusik cuping telinga Iman Farish. Apatah lagi hati.
ada cinta.
Sakit hatinya setiap kali mendengar khabar angin yang
tidak henti-henti keluar daripada mulut rakan baiknya,
Yunus dan juga Amir. Ironinya setiap kali cerita curang
muncul, setiap kali itu jugalah dia berusaha menafikan
sekerasnya.
Apabila Farish bertanyakan hal tersebut pada Alina
jawapan yang dia terima tetap sama. Fitnah. Lakonan
palsu wanita tersebut telah berjaya membuatkan Farish
buta. Buta dengan kepalsuan sehingga dia meletakkan
sepenuh kepercayaan dan tekad mahu memperisterikan
Alina.
Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Rancangan perkahwinan mereka terpaksalah dibatalkan
serta-merta. Farish bersyukur dia cepat tersedar sebelum
melangkah lebih jauh lagi.
Farish mengucapkan terima kasih pada Yunus yang
menghubunginya tadi. Kata Yunus, dia ternampak Alina
masuk ke kelab malam bersama seorang lelaki.
Pada mulanya dia tidak percaya, tetapi desakan Yunus
memaksa dia pergi melihatnya sendiri. Dan semuanya
terbukti. Alina curang!
Maknanya memang benar segala kecurangan Alina
selama ini. Tidak dapat digambarkan sakitnya bila ditipu
hidup-hidup oleh orang yang kita percaya.
Segala harapan dan impian musnahlah sekelip mata.
Hancur berderai. Tiada lagi rasa cinta buat perempuan
bernama Alina. Cinta pertama telah gagal. Cinta kedua
belum pasti. Aksi depan mata sudah cukup membuatkan
Farish sakit mata melihatnya, apatah lagi aksi di belakang.
Akhirnya Farish beredar dari tempat itu.
Malam itu Farish sukar untuk melelapkan matanya.
Puas dipujuk masih tidak mahu juga. Masih terbayangbayang
aksi gedik Alina sebentar tadi. Segala janji manis
dan pujuk rayu Alina bagai duri yang menghiris hati dan perasaan.
Kini, kenangan manis mereka hanya menjadi
kenangan pahit buat Farish.
Hujan lebat yang turun tidak selebat hati Farish yang
menangis. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu..

No comments:
Post a Comment