Tuesday, January 14, 2014

Novel terbitan buku prima February 2014




Kubur Bernyawa
Ebriza Aminnudin
ISBN: 978-967-0535-59-3

Sinopsis
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir. 

Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka. 

Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?


Sayang Awak, Mr. Bear
ROSE ELIZA
ISBN: 978-967-0535-65-4
~672 hlm

Sinopsis
Kerana satu peristiwa, Edzuary Safuan dan Nur Edleen hidup dalam dunia ciptaan mereka sendiri. Bagi Edzuary Safuan, Hidayah adalah segala-gala dalam hidupnya. Hidayah merupakan wanita pertama dan terakhir yang bertakhta di hati. 

Bagi Nur Edleen pula, nekadnya hanya satu. Mencari kebenaran tentang peristiwa itu. Tersentap hati Nur Edleen tatkala mengetahui kebenarannya. Perlukah dia berterus-terang perkara yang sebenarnya? 

Adakah dia dapat menerima insan yang telah memberi sinar baru dalam hidupnya itu? Bagaimana pula dengan Edzuary Safuan? Adakah Edzuary Safuan turut mencari kebenarannya?


Kau Cinta Akhirku
Pitteriah Abdullah
ISBN: 978-967-0535-66-1

Sinopsis
Kisah Cinta Rayyan dan Aleeya berlanjutan walaupun setelah hampir tiga tahun berumah tangga. Biarpun cinta mereka sentiasa diuji kerana fitnah dan sifat-sifat negatif orang yang sakit hati kepada mereka berdua, Rayyan sedia menghadapinya demi kasih sayang dan cintanya kepada Aleeya dan anak-anak. Keimanan mengajar Rayyan erti pergorbanan. 

Antara Islam, akidah dan harta, biarlah harta dikorbankan demi menyelamatkan akidah Fawwazn anak saudaranya yang dijaga oleh bapa kandung sendiri yang beragama Kristian. 

Apatah lagi Aleeya sanggup berada di sisinya biarpun ketika berada di dalam kesusahan. Bagi Rayyan, cukuplah dengan adanya buah hati pengarang jantungnya itu.


Sinopsis
Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?

Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya. 

Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters