Tuesday, January 14, 2014

Novel terbitan Karystos Creative Januari 2014


BIASAKAH AKU KAU CINTA
Penulis : Ameera Elisha
Terbitan : Karystos Creative
ISBN: 978-967-12084-4-1

Caption
Andai Kesempurnaan Yang Kau Cari, Ternyata Bukanlah Diriku

Blurb
“Andai kau pergi kerana zaman silamku ini, sungguh aku redha Asyfar. Aku sedar kekurangan diriku ini. Aku tak layak untuk bergandingan denganmu. Namun, jika kau pergi kerana Rina, sungguh sukar untuk aku merelakannya. Hati isteri mana yang sanggup melihat sang suami bercanda dengan perempuan lain. Sungguh aku tak tega Asyfar.”

Dek kekecewaan yang makin menggunung, Eisya melarikan dirinya jauh dari Asyfar. Di kampung halamannya, dia mengubat luka di hati. Kehadiran Firdaus dan Asyman mula memberikan semangat yang baru dalam hidup Eisya. Semakin hari dua insan itu membuatkan hidupnya bersinar. Keakaraban itu disalah ertikan oleh Asyfar yang mula dihimpit api cemburu.

“Eisya!!! Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Aku lebih rela gantung kau tak bertali daripada aku lihat kau bersama jantan lain. Jangan haraplah kau akan bahagia atas kesakitan yang aku tanggung ini. Langkah mayat aku ini dulu. Kau memang takkan bahagialah Eisya!”

Cinta milik Firdaus adalah cinta yang utuh. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Walaupun Eisya masih isteri orang, dia tetap jua setia menunggu.

“Eisya, walaupun awak isteri orang, saya akan tetap tunggu awak. Datanglah pada saya bila status Puan itu hilang dalam hidup awak. Saya cintakan awak. Teramat cinta. Saya akan tetap menunggu awak sampailah saya mati.”

Eisya terpaksa akur. Akur dengan takdir Ilahi. Biarlah takdir yang menentukan siapa yang akan jadi pemilik hatinya itu.

“Asyfar, BISAKAH AKU KAU CINTAI? Bisakah aku tetap menjadi sang kekasihmu dunia dan akhirat? Jika aku tak bisa, kau lepaskanlah aku. Dan kau, Firdaus, BISAKAH AKU KAU CINTAI sedangkan aku tak punya apa-apa yang perlu dibanggakan? Aku ini hanyalah pemilik nama NUR EISYA BALQIS…


SALJU RINDU
Penulis : AC Jaffrie
ISBN: 978-967-12084-3-4


Caption
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti.

Blurb

“Nissa tak salahkan takdir. Malah rasa bersyukur sangat-sangat kerana tak terlalu leka dengan mimpi-mimpi indah. Nissa lebih tenang dengan jalan yang Nissa pilih sekarang. Terlalu banyak kesilapan yang Nissa buat dalam jeda masa lalu. Bagilah peluang untuk Nissa kembali mengenal diri sebelum memikir soal cinta yang banyak menyakitkan. Ruang hidup kita tak sama Luqman!” ~ MANISSA

“Tapi nasib kita tetap tak sama Datuk. Cinta perlukan penyatuan ikhlas antara dua jiwa. Datuk memang ditakdirkan bercinta. Akhirnya membina bahagia. Antara saya dengan Nissa tak hadir sebarang rasa. Apa guna bercinta kalau rasa yang hadir tak sepenuh jiwa? Mengharap di dalam diam tak ubah melukut di tepi gantang. Saya sedar siapa diri saya… menari tak mengikut rentak, menyanyi hanya melontar sumbang.” ~ LUQMAN ADZLIE

“Fika tetap tak percaya. Sampai hati Man buat Fika macam ni. Hanya kerana seorang kawan, sanggup Man lukakan hati seorang kekasih!”
~ SYAFIKA AZIERA


Kasih Bertamu (belum waktu)
Penulis : Axiemeluv Aziz
ISBN: 978-967-12084-5-8


Caption
Satu cinta yang mendekatkannya dengan maut
Satu cinta yang diharamkan untuk bernikah
Satu cinta tulus dan suci yang selama ini tidak dipandangnya

Blurb
Bahirah ditinggalkan di rumah anak-anak yatim pada usia 4 tahun.Walaupun punyai ibu saudara yang terlalu sayang dan ingin menjaganya, namun atas permintaan terakhir arwah abahnya, maka Bahirah terpaksa dihantar ke rumahanak-anak yatim.Dia juga tidak dibenarkan untuk dilawati oleh sesiapa pun.

23 tahun kemudian, kerana wasiat juga dia bertemu semula dengan ibu saudaranya.Pertemuan yang merubah kehidupan Bahirah. Bahirah merupakan waris dan juga salah seorang pemilik sebuah syarikat hartanah terkenal di ibu kota.

Dalam mengharungi kehidupan yang baru, Bahirah dipertemukan dengan tiga pemuda yang telah memperkenalkannya dengan cinta.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters