Thursday, January 9, 2014

NOVEL TERBITAN LOVE NOVEL JANUARI 2014


Bahagia Dalam RahsiaRafina Mimi Abdullah

Kerana menyesali kekhilafannya, Wadi Ridhuan menagih keampunan daripada Adila Farha, pembantu rumahnya dan dia sanggup bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya terhadap gadis itu.

“Jadilah isteri abang…” – Wadi Ridhuan
“Harapan saya adalah untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh membimbing saya. Bukannya lelaki seperti Encik Wadi yang hampir setiap malam minggu balik dalam keadaan mabuk.” – Adila Farha

Hasrat suci ditentang kedua ibu bapa lantaran perbezaan darjat menjadi ukuran. Namun hasrat perlu diteruskan walaupun dalam rahsia demi sebuah janji, tanggungjawab dan hati yang mula disapa suatu rasa. Ikatan rahsia mula mengecapi bahagia, namun mana mungkin menyorok satu janin yang mula bernyawa. 

“Cakap dengan aku, betul ke tidak kau mengandung? Anak siapa?” – Datin Wasilah

Segala tohmahan dan hinaan daripada mertuanya diterima dengan sabar walau hati pedih terluka. Saat rahsia perkahwinan mula diterima, dugaan mula menjengah bahagia. Kehadiran Bella yang sering bertandang dan menagih kasih Wadi Ridhuan menyapa rasa cemburu sang isteri. Kerana salah faham dan ketidakjujuran sang suami, membuatkan Farha makin berjauh hati. Adakah kehadiran Ismadi dan Kalisha akan menggoyahkan kasihnya pada si suami? Akan ada bahagiakah dengan perkahwinan rahsia ini dan adakah perkahwinan rahsia tetap menjadi rahsia…


SURI DI HATIKUZubaidah Ibrahim

INTAN SURIYANA gadis cantik idaman sang jejaka. Kerana kisah cinta silam menyakitkan menjadikannya seorang playgirl yang mematahkan hati lelaki. Hadirkah seseorang yang membuatkan rasa cinta itu berbunga kembali, mekar kukuh dalam taman hati. Adakah cinta suci disambut setulusnya dan mampukah hati gadisnya belajar tentang erti cinta dan rindu?

“Dalam hati ini hanya terisi dengan satu nama. Semakin lama untuk aku melupakannya, semakin sukar dan payah jadinya” – Intan Suriyana

KU EMIR AFFAN jejaka nerd yang menyimpan rasa bertahun-tahun lamanya pada si dia cantik jelita. Si dia yang memberi rasa bahagia dalam kehidupannya yang penuh derita dan air mata. Namun sifat nerd itu berubah tiba-tiba menjadi kejam dan sukar difahami. Menjadi kejam kerana dendam dan perasaan takut kehilangan. Menjadi sukar difahami demi bahagia bersama suri di hati. Tegarkah rahsia yang terkunci kemas menjamin bahagia atau menjadi perangkap menggamit lagi derita yang merajai jiwa.

Andai laut takut kehilangan ombak, langit takut kehilangan bintang, begitu juga dengan aku yang takut kehilangan kamu…– Ku Emir Affan

Sukarnya merungkai rahsia sejujurnya sehingga meruntuhkan tembok kepercayaan, mempertaruhkan kejujuran, menggoyahkan cinta yang terpateri lantas menyapa rasa benci yang singgah mengetuk pintu hati. Cinta Memerlukan Kepercayaan, Kepercayaan Memerlukan Kejujuran, Kejujuran Kunci Kesetiaan

“Aku memang seorang perempuan bodoh yang terlalu mudah mencintai dan mempercayai. Tapi aku berjanji, aku takkan jadi perempuan bodoh lagi. Aku tidak akan mudah untuk mempercayai apalagi mencintai.” – Intan Suriyana

“Saya masih cintakan awak, Intan. Masih dan akan selamanya cintakan awak…”- Emriz Asyraf

Siapakah Emriz Asyraf yang hadir antara mereka... Kukuhkah sebuah cinta walau apa yang melanda. Mampukah kebencian terpadam dan kemaafan dihulur kerana rasa rindu yang kekal bertakhta…





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters