Thursday, February 6, 2014

Resepi Cheese Cake




Bahan-bahan 
• 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) 
• 100 gram gula halus 
• 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) 
• 60 gram tepung jagung (maizena) 
• 50 gram air sejuk (dr peti ais) 
• 1 sudu teh baking powder 
• 2 sudu makan ovelet 
• 75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM 
• 1 kotak cream cheese philadelphia 
• 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2. 

UTK TOPPING 
• 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

Cara-cara 
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar. 
2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat. 
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter. 
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. 
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. 
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. 
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. 
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. 
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...