Thursday, February 6, 2014

Novel terbitan PENULISAN2U February 2014



EVOLUSI SI NAKAL
ALMAR NALEA

Ketenangan hidup AWINA SYAFINI, seorang gadis yang berlagak kasar tetapi sangat manja bergoncang apabila dia menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan kejam oleh konco-konco John.

Hadirnya QALIFF FIRDEE, si nakal yang handal dalam sukan drift dalam hidup Awin sebagai penyelamat nyawanya. Atas keselamatan Awin, Firdee menyembunyikan Awin di dalam sebuah rumah pusaka daripada penjahat. Telatah Firdee yang suka mengusiknya selalu menaikkan angin Awin.

“Suka kat kau?Uwek! Uwek! Nak termuntah hijau aku dengar. Tak ingin aku nak suka kat kau. Aku benci! Benci! Benci dengan kau! Meluat aku tengok kau tahu tak?” - AWIN

“Kau jangan... Kau cakap benci, nanti suatu hari kau cinta! Cinta! Cinta! Dan cinta kat aku, baru padan muka kau. Baru terhegeh-hegeh nak merayu kat aku. Kita tengok nanti.” - FIRDEE

Usik-usik, marah-marah. Lama-lama jadi suka. Lama-lama jadi cinta. Namun seperkara yang Awin tidak tahu, Firdee mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang janda muda beranak satu iaitu Lisa dan anaknya, Raiyan. Firdee melayan Raiyan seperti anaknya sendiri. Lisa dan Awin ibarat langit dan bumi. Lisa jauh lebih baik daripada Awin dan mempunyai ciri-ciri idaman setiap lelaki.

Awin yang disembunyikan di rumah pusaka itu sudah tidak betah duduknya apabila Firdee tidak datang menemuinya selama dua minggu. Dia tahu Firdee punya seseorang yang lebih istimewa di luar sana. Dirasakan mungkin Firdee terdesak mengurungnya di situ.

“Ya! Memang saya tak sabar nak pergi dari sini. Tak sanggup nak tunggu bila awak nak lepaskan saya. Saya tak mahu awak terpaksa simpan saya, terpaksa jaga saya kalau hati awak tak rela. Sekarang saya betul-betul percaya yang awak nak jaga saya daripada mereka yang sedang buru saya kat luar sana sebab saya terdesak! Kan?!” - Awin

“Kalau kau nak tahu sangat... Ya! Betul apa yang kau katakan tu. Kau terdesak, aku memang terpaksa jaga kau selama ni!” - Firdee

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dek cinta yang tak diluah, kedua-duanya terseksa menanggung rasa. Bahana kata-kata Firdee itu, Awin pergi membawa diri meninggalkan sepucuk surat yang memberi seribu satu penyesalan kepada Firdee.


MENANTU 'MITHALI'
KHAYRIESHA

EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.

Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada saat Andy ditimpa kesusahan, Emma juga ingin membantu kerana lelaki itu telah banyak membantunya.

“You cakap you boleh tolong. Kalau macam itu, kahwin dengan I jom?” ~ ANDY

“Errr...” ~ EMMA

Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.

“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY

Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu­­­­­! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.

Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.

Berjayakah Emma yang liar itu menjadi menantu mithali untuk mama Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya? 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...