Monday, February 3, 2014

Sakitnya!


Salam! Dah lama tidak bercerita mengenai kehidupan disini. Selalu pasti akan nampak post mengenai novel kan? so untuk entry kali ni, NO NOVEL. Untuk entry kali ni saya nak cerita mengenai apa yang berlaku hari ni dan sudah pasti ada kaitan dengan tajuk hari ni... :)

Al kisahnya bermulanya begini...
 Hari ni lepas latihan untuk national day, kami ni dilepasan oleh couch kami... Pada masa tu, saya ni mahu cepat ke tandas... perut sakit dan memulaslah( malunya nak bagitahu) jadinya saya bagilah buku saya dan malila card (brg utk kegunaan latihan) saya ke kawan saya, Qiqah namanya. Saya suruh dia letak barang-barang saya naik ke kelaslah kan? tiba-tiba saya ni larilah untuk pesan pada my friend yang seorang lagi namanya Lina yang sudah berjalan di depan. Dah alang-alang dia nak ambil makanan kan?

 TAPI tak tau mana silap saya, kaki saya ni termasuk ke longkong pulak. Tak ada pulak 'penutup' longkang. ( nak salahkan longkang pulak.. heeyy)  Lalu saya penganglah tudung Lina untuk menimbang badan saya ni tapi dia mungkin tak sedar, berjalan ke depan. Dia kata dia tak sedar dan perasan tapi saya tak salahkan dia.. memang patut saya salah diri sendirikan.. siapa suruh cuaikan? 

Masa tu tangan saya terseliuh dan pahit rasanya, kaki saya cedera dan berdarah (saya biarkan macam tu je , hehe sampai balik ke rumah), kepala pulak terhatuk ke lantai..(nasib baik tak tercium lantai) dan masa tu ramai yang melihat. wah! tambah malu -,,,-'. Tapi masa tu dalam fikiran saya bukan fikir malu ke tak. Yang pertama saya fikir nak macam mana untuk berhertikan rasa sakit dan perit. Alahai! masa tu jua saya hampir TERjatuh dari tangga sebabnya kaki saya rasa sakit sangat. Thanks to my friend yang prihatin kan saya... ( Khatie, Marsya, Qiqah, Tiqah, Lina, Fazirah, Abiel dan Syakirah

Yang paling ku tak sangka kawan saya, Fazirah... walaupun lihat saya jatuh, dia berdiri aje. Ada ke patut...tolonglah angkatkan saya kekan? Lepas dengar explanation dari Abiel.. katanya, masa tu durang dibelakang orang ramai dan ramai pulak yang didepan mereka. sesak sangat...Nasib baik alasan yang boleh diterima pakai. Kalau ku tau dia sengaja tak tolong... Hmm~

Nasib baik belum jadi rumor dan gossip tentang 'SEORANG PELAJAR TERJATUH KE LANTAI..' ( faham-fahamlah ya sambung ayatnya!) 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters