Wednesday, February 5, 2014

Novel terbitan karya seni Februari 2014



Tajuk: Imam Mudaku Romantik
Penulis: Izzah Haneefa
terbitan: Penerbit Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-66-6

Sinopsis:
Dialah imam mudaku… Imam mudaku dunia dan akhirat!

“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?” 

Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. 
Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu. 

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.
“Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – IZHAM

Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya. 
“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”

Adakah bahagia milik mereka?

****


Tajuk: Jika Mawar Pudar Warnanya
Penulis: Aulia Iman
Penerbit: Karyaseni 
ISBN: 978-967-0246-65-9

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!

“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”

Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.

“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”

“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”
Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!”

“Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!”

“Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner... cukuplah! Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!”

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters