Thursday, October 30, 2014

Novel terbitan Penulisan2u bulan November 2014




SINOPSIS:-
Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.

“Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang...”-QASEH

“Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi...”-RIZQY

QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.

“Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY

Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.

“Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni...macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali...”-RIZQY

Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?


SINOPSIS:-
Di sebalik status kerjaya yang digalas, ARIQ ADAMY sama seperti lelaki lain. Mendambakan kasih sayang daripada seorang gadis. Mengelak untuk bercinta dengan mudah, Ariq membenarkan kesunyian melanda diri. Membiarkan sunyi berkubur dalam hati lelaki kelahiran kota London yang menetap di New Zealand ini.

Pabila hadirnya ABIERATUL LYANA, alam cinta kelihatan begitu indah walaupun cinta bertepuk sebelah tangan, Ariq tetap cuba mencari cinta. Tapi, gelora cinta datang tanpa diduga.

ZAREL datang memberi saingan. Biarpun dengan mudah saingan ditepis, status Ariq menjerat Abieratul Lyana ke dalam kancah bahaya.

“Kau kena sedar yang kau tu pembunuh. Sebab kaulah, Abby asyik cedera. Kalau bukan dia, orang di sekeliling dia yang akan cedera. Kau tak pernah fikir ke? Macam tu yang kau cakap cinta? Cederakan orang yang kau sayang?” - Zarel.

Tidak! Sunyi tidak boleh hadir lagi. Dendam perlu dibalas bagi menegakkan bukti. Kebenaran perlu terungkai untuk Ariq Adamy mencantumkan kembali cebisan kehidupan yang lama menghilang.

Adakah Ariq Adamy pasti dalam membuat keputusan? Mampukah Ariq Adamy bangkit menegakkan kebenaran?

Dapatkah si teruna kacukan Inggeris ini mencari kehidupan yang seakan-akan melambai pergi dan mengelak daripada ditembak satu peluru cinta?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

1 comment:

Dean Ramona said...

Hi,jom lawat blog saya heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...