Thursday, November 6, 2014

Novel terbitan buku prima bulan December 2014




Sinopsis

400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu. Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka. Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya. Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung
halamannya? Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?


ABANGKU CEO SENGAL

Sinopsis:
Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya. Dia hanya mula mengenali Izzul Haq setelah banyak gosip lelaki itu dikaitkan dengan Putri Ariyana bertebaran di media massa. Bagi Iris Suhayla, bolehkah dirinya yang hanya dicalonkan oleh keluarga kekal menjadi isteri lelaki itu setelah akad dilafaz kelak? Namun buat Izzul Haq, gosip bersama Putri Ariyana hanya mempercepatkan perkahwinan mereka sahaja. Dia bakal mengahwini gadis yang dicintai sejak sekian lama, bakal memiliki keturunan bersama-sama dengannya. Hanya Iris Suhayla yang tidak sedar akan perkara itu. Mengahwini seorang lelaki yang pernah difikirkannya suatu masa dahulu.  Dan itulah perjuangan Iris Suhayla hingga ke akhirnya, mencari kebahagiaan dunia dan akhirat di sebalik onak duri bersuamikan seorang CEO ternama, Izzul Haq bin Dato’ Izhar!  Bagi yang tertanya-tanya akan titik pertemuan mereka, marilah sama-sama kita hayatinya di dalam Abangku, CEO Sengal!.


MISS MARSHAMELLOW VS MR EGO

Sinopsis:
Peduli apa dengan kebencian Nik Faheem Muqree a.k.a Mr. Ego terhadapnya? Asal sahaja dia mampu ceria dan gembira, dia akan terus menjadi seorang cleaner yang disenangi. Cadeeja seumpama Marshmallow yang lemah lembut dan menyenangkan. Namun Nik Faheem Muqree tetap memuntahkan lahar kebencian dan kemarahan setiap kali mereka bersua. Garangnya!

Kemuncak kebencian Mr. Ego tidak membekas di hati Cadeeja, Miss Marshmallow yang sentiasa bersikap selamba. Namun ketika mereka bertiga terperangkap di dalam sebuah hutan tebal lagi asing, membongkarkan keperibadian sebenar seorang Rita, buah hati Nik Faheem Muqree. Cadeeja tetap tenang dan sabar dalam setiap kesukaran berbanding Rita yang lebih mementingkan kesenangan diri sendiri. Dasar gadis manja!

Dan ketika hati Nik Faheem Muqree bertukar menjadi baldu kasih, Cadeeja menghilang meninggalkan Kuala Lumpur. Nik Faheem Muqree nanar mencari gadis itu. Dia jadi kemaruk dengan setiap kebaikan sekeping hati milik gadis itu. Akhirnya Nik Faheem Muqree mula menjejaki Cadeeja. Dia bersua dengan Cik Sofea, bos baharu Cadeeja. Miss CEO itu ternyata lebih ego daripada dirinya sendiri. Dalam sedetik nafas, Nik Faheem Muqree mulai sedar, kecantikan tanpa budi bahasa tidak sedikit pun menyapa kasih dalam hatinya. Tiba-tiba dirasakan seolah-olah Cadeeja, Miss Marshmallow itu sedang menuntut satu sumpahan janji di musim silam.

Siapakah Dija? Gadis cleaner yang merekahkan delima rindu dalam hatinya!


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

3 comments:

Unknown said...

Tq.... memberi info menarik tentang novel-novel

Tinta cinta said...

hee...:) thanks..lain kali boleh singgah lagi ke sini..;)

bysyiraishak said...

Puja mcm interesting nak dibaca..
jom blogwalking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters