Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan karystos creative bulan october 2014




My Sweet Tamara ~ Wafa Arissa

Fizzi, bukan sahaja sahabat karib Tamara semenjak kecil tetapi dia bertindak sebagai pembela dan penjaga Tamara di sekolah. Seiring meingkatnya usia perasaan juga mula berubah. Dari sahabat karib mulai terbit rasa sayang dan cinta. Namun kedua-duanya tidak pernah meluahkan isi hati masing-masing. Kadang-kadang Fizzi cuba menyelitkan isi hati namun dianggap sebagai gurauan oleh Tamara kerana Fizzi suka bergurau dan menyakat. Sifat Fizzi yang tidak serius meyakinkan Tamara, Fizzi hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat, tidak lebih dari itu.

Persahabatan Tamara dan Fizzi mulai renggang apabila hadirnya Luqman yang romantis, pandai mengambil hati dan sentiasa memberi layanan yang istimewa kepada Tamara, selain berani berterus-terang. Tamara mulai dibuai rasa dihargai dan dicintai walaupun dia cuba mengelak kerana tidak mahu pelajarannya terabai. Tamara tahu, masa depan dan cita-citanya lebih penting. Pelbagai cara dilakukan agar Luqman menjauhinya namun jejaka itu begitu pandai mencari peluang untuk berjumpa Tamara. Api cemburu mula membakar. Fizzi sentiasa bersalah sangka dan menuduh Tamara yang bukan-bukan. Tamara menjadi tersepit di antara sahabat dan teman istimewa.

Ada juga yang dengkikan Tamara. Dia terlalu naif sehingga diambil kesempatan dan dimalukan di khalayak ramai. Reputasi Tamara tercalar apabila Putri Amber menceritakan perihal peribadi gadis itu kepada mama Luqman. Lantas Tamara diminta menjauhkan diri dari Luqman. Tamara akur kerana sedar dirinya siapa. Niat baiknya untuk memenuhi kehendak orang lain telah disalaherti sehingga tercetusnya perselisihan faham di antara dirinya dan Luqman. Luqman menyakiti Tamara lantas Fizzi tampil membela. Perang mulut berlaku sehingga membawa kepada pergaduhan. Akibatnya, Luqman dicederakan oleh Fizzi. 

Pada masa yang sama, muncul seorang lagi lelaki di dalam hidup Tamara. Kehadirannya membuatkan hidupTamara menjadi kembali ceria walaupun masih terluka dengan sikap ego Luqman dan sikap terburu-buru Fizzi. Sebelum menghadapi peperiksaan SPM, Tamara berbaik semula dengan Luqman dan Fizzi. Mungkin memang masing-masing sudah terpaut hati, Luqman dan Tamara mengikat janji. Fizzi terpaksa akur dan menyerah kerana silapmnya sendiri yang tidak pernah serius terhadap Tamara.

Setelah keputusan diumumkan, Tamara mengejar impiannya untuk menjadi seorang doktor dan menyambung pelajaran di Sydney, Australia. Luqman mendapat tawaran belajar di UK manakala Fizzi belajar di Uitm. Fizzi masih berhubung dengan Tamara tetapi Luqman menyepi diri selepas beberapa bulan mereka berpisah. Dari seorang kawan lama, Tamara mendapat tahu Fizzi akan bertunang. Tamara sedikit kecewa dan merasa disisihkan oleh kawan yang dikenalinya dari usia 6 tahun itu.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters