Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan karystos creative bulan June 2014



Cinta Itu Indah ~ Shiroe Sherry

Sebelum kenal dia tak ada satu benda baik pun aku fikirkan pasal dia. Sombong! Diktator! Ada tong ko lemas dalam mulut! Berlagak macam dia bos aku sedangkan dia bukannya bos aku pun. Huh! Menyampah betul. Stress! Aku berazam aku tak nak lagi terserempak dengan pengurus besar @ Tuan Ray @ lelaki sombong tu! Titik!

Segalanya bermula disebabkan jenayah yang di tuduh Tuan Ray tanpa sengaja…

“Maafkan saya tuan. Saya tak dapat kawal diri tadi,” – Qila

“Tak dapat kawal diri? Sebab tu awak ambil kesempatan untuk peluk saya? Bagus alasan awak tu,” – Tuan Ray

Disebabkan sikap lelaki itu yang kadang-kadang boleh menimbulkan salah faham, Aku terfitnah dia lebih dari sekali sehingga melarat kepada tuntutan kemaafan yang melibatkan sebuah pembayaran

“Maaf? Tempoh hukuman dulu baru habis, Sekarang awak dah buat fitnah sekali lagi?”
“Habis tu macammana ni tuan? Tuan nak maafkan saya atau nak lanjutkan lagi tempoh hukuman?”

Sekali lagi aku turutkan kemahuannya.Lama-kelamaan tidak semena-mena dia keluarkan magic word ciptaannya.

“Saya suka awak,”
“Apa?”
“Yes, I am madly in love with you!”
"Awak boleh ambil masa seberapa banyak yang awak nak untuk fikir tentang hal ini,”
“Saya tak perlukan masa.Tuan dengan saya? Saya rasa tak mungkin,”

Tak mungkin, aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi tapi kata Tuan Ray perasaannya itu adalah anugerah dari Allah.

Bermain dengan api cinta.. Mungkin CintaItu Indah buat Qila..Bagaimana pula dengan Tuan Ray? Tegakah dia mempermainkan gadis sepolos Qila? Kisah cinta mereka asalnyakan hanya sementara? Kemanakah akhirnya percaturan cinta mereka?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...