Saturday, January 17, 2015

Novel terbitan lovenovel bulan januari 2015



TERIMA AKU SEADANYA OLEH Nina Harith
ISBN: 978-967-0657-63-9

BLURP:
Tragedi angkara Anita itu menghancurkan cinta Ghaz Khuzairi. Kekecewaan cintanya dengan Marlissa menjadikan hatinya beku untuk bercinta lagi. Tetapi itu hanya kisahlalu. Namun ada sesuatu yang telah Marlissa tinggalkan untuknya. Amanah Marlissa dan Ryan Arshad. Kerana amanah itu jugalah Ghaz Khuzairi mengenali Izzara. Malah dengan mengenali Izzara, hatinya yang sepi selama ini terusik. Dalam diam dia menaruh hati.

Bagi Izzara pula, mengenali Ghaz Khuzairi bukanlah alasan untuk dia berlaku curang kepada bakal tunangnya. Cinta dan kasihnya hanya terpahat buat Qaleef. Malah lamaran Qaleef benar-benar membuatkan hati wanitanya bahagia.

“Err... maksud kau, Zara dah rasmi jadi tunangan oranglah ni ye?” – Ghaz Khuzairi
Perasaannya tersentap. Pedih. Lagi sekali gadis yang dipujanya bakal menjadi hak lelaki lain. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati dia.

Kemunculan semula Anita mengejutkan Ghaz Khuzairi. Malah, penghijrahan diri Anita benar-benar membuat Ghaz Khuzairi kagum.

“... Kalaulah boleh diputar semula masa…sumpah! I takkan buat perkara yang keji tu. I terasa diri I hina sangat bila I sanggup hancurkan masa depan orang lain semata-mata kerana cinta I pada you tak berbalas. I’m too selfish!” – Anita.

Walaupun Anita pernah menghancurkan kehidupan Ghaz Khuzairi, namun lelaki itu tidak sedikit pun menyimpan dendam. Sebaliknya, Ghaz Khuzairi menerima kata-kata kemaafan Anita dengan hati yang terbuka. 

“Walaupun seteruk mana yang pernah you buat pada I dulu tetapi itu bukanlah alasan untuk I menyisihkan atau menghukum you. I terima you seadanya siapa diri you, Nita.” – Ghaz Khuzairi

Adakah kemunculan semula Anita dapat mengisi sepi di hati GhazKhuzairi atau ada wanita lain yang lebih bertuah? Saat Ghaz Khuzairi menikmati erti kebahagiaan hidup, kemunculan Ryan Arshad pula seakan merentap tangkai hatinya. Adakah kehadiran Ryan Arshad itu untuk menuntut sesuatu yang terlalu berharga bagi Ghaz Khuzairi selama ini? Tegakah Ryan Arshad?


PENGARAH CINTA TERBAIK OLEH ALSYA KHAIRIN
ISBN: 978-967-0657-62-2

BLURP:
Dia seorang pelakon terkenal. Dia seorang pengarah terbaik. Dia digilai ramai wanita, pendek kata dia memang seorang yang popular. Bukan sahaja kerana kekacakannya malahan kerana kehebatannya di layar perak. 

RASFAL HAQEEMI- Seorang pelakon dan pengarah muda yang popular. Semakin dia popular, semakin banyak kontroversi yang menghimpit. Paling tidak disangka-sangka dia dikaitkan dengan hubungan sejenis. OMG!Puas Rasfal Haqeemi menafikan, puas dia cuba menjernihkan suasana tetapi gosip terus melanda. Fikirannya buntu. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan maruah dan kariernya. 

“Saya tak halang pun untuk awak berfikir. Saya tak nak perkahwinan ni jadi disebabkan terpaksa. Saya nak awak rela hati kahwin dengan saya meskipun hanya sementara.”

CITRA NUR AFILYA- Namanya tidak seindah hidup yang dilalui. Bermacam-macam dugaan harus ditempuhi demi ibu tersayang sehingga mengheretnya ke dalam dilema. Namun, atas dasar pengorbanan demi menyelamatkan ibu yang buta, Citra telah membuat satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tunang tersayang merelakan dia bersama dengan lelaki lain semata-mata demi duit. Tetapi atas dasar pengorbanan, Citra turutkan jua.

“Mungkin saya orang susah jadi senang-senang orang gunakan saya tapi saya tetap ada hati dan perasaan seperti orang lain. Saya tak minta bos terima saya sebagai isteri bos tapi cukuplah layan saya sebagai seorang kawan. Apa saya tak layak ke berkawan dengan orang popular seperti bos?”

Tetapi apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Lakonan demi lakonan yang diciptakan akhirnya memakan diri. Saat cinta menyapa, rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar. Cinta yang sudah mekar akhirnya layu kembali. Citra pergi untuk menyelamatkan karier Rasfal. Tetapi bagi Rasfal, Citra adalah segala-galanya.

Mampukah cinta seorang gadis biasa dan seorang pelakon dan pengarah popular bersatu? Mampukah seorang pengarah terbaik mengarah kisah cintanya sendiri? Atau perpisahan yang akan terus menjadi pilihan mereka.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters