Friday, February 20, 2015

Novel Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari | LIMITED EDITION



Tajuk: Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari
Penulis: Syah Shah 
Penerbit: Syah Shah
Genre: Cinta
Tarikh terbit: Pertengahan Mac

Yang seorang dari selatan, seorang lagi dari utara.

Walau di mata sudah jatuh berkenan, namun hati yang sering disakiti buat Aishah keliru. Jarang ada bait-bait kata-kata Haziq yang menyenangkan hatinya, membuatkan dia sedaya upaya mengelakkan diri dari bertemu dengan ‘mamat kurang asam gelugor’ itu.

“Tak cantik pun muncung itik hang tu. Dah lekaih, lekaih, lekaih. Aku letih dah ni.”
Ya Allah, apasallaa mamat ni annoying sangat. Macamlah dia sorang je penat. Aku pun letih, okey?

Di saat Aishah mula timbul rasa sayang, Haziq tiba-tiba menghilang meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan membuatkan Aishah mengisytiharkan perang dengan masakan yang sinonim dengan orang utara itu.

Munculnya Haikal secara tiba-tiba buat dunia Aishah hampir huru-hara. Si ‘mamat sengal’ yang menghubunginya semula melalui telefon setelah lebih setahun menyepi. Tiba-tiba diangkat statusnya menjadi tunang. Walau sesekali dibayangi Haziq, cinta mulai hadir dalam hati Aishah buat Haikal walau belum pernah bertemu.

“Rindu awak. Saaaaayang awak. And I know, awak pun saaaayang sangat kat saya, kan?”

“Perasan.”

“Mana ada perasan. Memang kenyataan pun, kan?”

Semakin dekat saat pertemuan mereka, satu demi satu rahsia yang disimpan kemas oleh Haikal dan keluarga Aishah mula terungkap. Siapakah Haikal yang sebenarnya? Mengapakah Haziq menghilang? Dapatkah Aishah akhirnya mengecapi kebahagiaan bersama insan yang dicintai?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...