Tuesday, February 24, 2015

Novel terbitan lovenovel bulan februari 2015





TAJUK : DIA YANG TERPILIH 
PENULIS: HIJRATUL AKISYA
ISBN NO : 978-967-0657-65-3
JUMLAH MUKA SURAT : 724

BLURB
“Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintangakan kulamar dirimu menjadi permaisuriku.”Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadipenanti setia cinta. Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka. Bukan sekejap tetapi lama. 6 tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti.“Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik...” – Kamil Hakim“… Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajahawak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama.” –Ahmad SuffianSiapakah pemilik nota itu sebenarnya? Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yangterluka lagi? Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilihbertakhta di hati Anis Humairah Najla? Antara cinta dan keluarga… antara sahabat dan jiwa… antara tulus dan dendam… antara kejujurandalam perhubungan… Itulah cinta yang tidak pernah padam.



TAJUK : SETULUS KASIH INDAH
PENULIS: SAKURA RIA
ISBN NO : 978-967-0657-66-0
JUMLAH MUKA SURAT : 544


BLURB
“Kau rapat dengan anak aku kerana kau nak kesenangan hidup, bukan? Kau nak kikis semua kekayaan anak aku, betul tak?”Kerana terhutang budi, Indah Nur Sakinah tercampak di Seoul bersama hati yanglara. Bukan niatnya mahu pergi meninggalkan Hadif Rykal dalam keadaan tertanya-tanya. Namun, kerana mereka terlalu berbeza, dia dilayan bagaikan seorang pengemis jalanan. 5 tahun berlalu, dia kembali ke Malaysia. Sayangnya cinta Rykal sudah temui tarikh luputnya.“Aku pernah menjadi pencinta yang setia Indah tapi setia aku dipersiakan hinggaaku terkapai-kapai dalam lautan kesakitan. Aku berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada lautan itu Indah dan aku tak rasa yang aku boleh jadi pencinta setia kembali...”Indah cuba sedaya upaya menawan kembali hati lelaki itu. Ikatan yang sah memudahkan lagi dirinya untuk mendekati Rykal namun sayangnya segala usahanya dipandang sepi. Lelaki itu terusan menuduhnya macam-macam. Saat hatinya sudah mula belajar melepaskan Rykal pergi, nyawanya hampir melayang kerana satu kejadian. Kejadian itu telah membongkar semua rahsia yang disimpan rapi selama ini. Rahsia yang membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Rahsia yang menyebabkan dia menjadi seorang pengemis cinta Rykal. “Please, jangan mengalah dengan aku. Kau sendiri cakap yang cinta kau tak adatarikh luputnya. Bantulah aku Indah. Temanlah aku dalam mencari cinta kita dulu...”“… I tak rasa ia akan berjaya. Dendam you tu dah terlalu dalam dan I tak yakin yang kita masih boleh jadi seperti dulu ...”Apa yang akan terjadi akhirnya? Mampukah cinta memadamkan dendam di dalam hati mereka? Sesungguhnya maaf itu anugerah terindah yang Allah kurniakan untuk semua insan di muka bumi ini, tapi mampukah kemaafan mengembalikan cinta yang menghilang?



TAJUK: ISTERI DAMBAAN DIA
PENULIS: UJI NORIZQI
ISBN NO : 978-967-0657-64-6
JUMLAH MUKA SURAT : 566

Blurp :
ARTINA NEDIESHA seorang gadis metropolitan. Dia dilahirkan dalam keluarga beradadan berkedudukan. Dek kerana ketegasan dan kesombongan Engku Masitah, diaprejudis kepada ibu sendiri. RIFQI EKHSAN seorang yang berpendidikan tetapi hidup sederhana. Mengusahakantanah di kampungnya. Seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarga dan penyayang orangnya. Ke kota mencari pekerjaan, menemukan dia dengan si gadis cantik, lincah dan gemarbersosial. Bekerja di bawah satu bumbung, menyebabkan Nediesha mendekati Rifqi.Namun kegedikan Nediesha cukup membuatkan Rifqi lemas. “Cik Nediesha nak makan sini juga ke?” “Tak. Nak tengok awak.”“Cik nak bawa saya ke mana?”“Pejabat kadi.”Orang kata cinta itu buta tapi bagi aku cinta ini gila. Bila dalam hati hanya ada namadia, mana nak nampak masalah di kemudian hari. Yang aku tahu hanya ingin memilikidia. Sedarkah aku dia kuli, aku anak bos? Sedarkah aku dia suasa, aku emas? Sedarkahaku wujudnya jurang di antara kami? Taraf hidup kami cukup berbeza.“Diesha….Qi tak layak untuk memiliki Diesha apatah lagi diangkat menjadi calonmenantu pilihan Datuk Rosli dan Engku Masitah. Qi tidak mahu bermimpi di siang hari...”“Tapi Diesha yakin yang Diesha milik Qi.”Cinta dua darjat bersatu jua tetapi mengapa bahagianya sekejap saja? Rimaskah akuhidup berlumpurkan selut di bendang? Kecewakah aku hidup tanpa kemewahan?“Baik! Lidah kau kena pasung ek? Aku akan pergi dari sini biarpun tanpa izin kau. Kat KLnanti aku failkan penceraian. Kau tunggu surat dari lawyer aku.” Lafaz perpisahan terlafaz. Apakah ia satu kerelaan? Aku bebas kerana aku yang larinamun puing rindu tetap ada di kamar hati. Benarkah hanya aku yang dia damba?Bolehkah aku menjadi isteri yang didamba dia lagi setelah masing-masing memijak kacadan terluka kakinya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters